Isnin, 21 Januari 2013

Last Paper

21 Januari 2013 (Last paper)
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di dalam dewan peperiksaan semester 4 ini. Alhamdulillah, segalanya baik-baik sahaja. hari ini juga secara rasminya tamatlah sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh hampir 20 minggu ini. Alhamdulillah, selamat sudah segala cabaran, dugaan, halangan, senyuman dihadapi dan seperti biasa setiap semester yang dilalui akan meninggalkan pelbagai kisah yang tersendiri.






Masih segar dalam ingatanku, aku terpaksa meredah hujan yang tidaklah lebat tetapi cukup membuatkan aku menggigil kesejukan sepanjang perjalanan dari rumah ke bumi Shah Ala mini di awal semester yang lalu. Dengan penuh kerisauan akibat pada awalnya aku tidak mendapat tempat mendiami kolej pada semester ini. Namun segalanya harus ditempuh walau apapun yang terjadi. Alhamdulillah, selang sehari kemudian rayuan permohonan kolejku berjaya. Aku kembali mendiami Kolej Kediaman Jati buat kali terakhir pastinya.



Sepanjang semester ini, kurasakan keletihan yang berpanjangan seolah-olah tidak putus-putus akibat dari penglibatanku dengan aktiviti luar bilik darjah. Mengapa aku melibatkan diri dengan aktiviti tersebut? Semestinya aku mempunyai agendaku yang tersendiri.
P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N
Sejak pulang dari mengikuti sebuah program anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH) di awal semester yang lalu, aku semakin sedar yang aku sememangnya tidak mampu untuk terus seperti sebelumnya. Terus berada dan bergerak seorangan. Aku memerlukan sokongan dari individu yang lain. Aku memerlukan teman untuk aku mengorak langkah perjuangan ini. Dan aku melihat melalui penglibatan dengan aktiviti luaran ini merupakan salah satu cara, jalan terbaik untuk merealisasikan matlamat itu.
Kini, aku masih lagi menikmati dan menantikan masa untuk berangkat pulang ke kampung pula. Secara rasminya, pada 22 Januari ini kami pelajar ijazah sarjana muda UiTM akan bercuti selama 6 minggu. Dan selepas ini ingin aku rakamkan penghargaanku kepada pihak pengurusan kolej Jati ini yang masih sudi menerima kehadiranku sepanjang 4 semester ini. Di semester hadapan Insya Allah, perjuanganku akan diteruskan lagi di bumi Puncak Alam.


FIRDAUS LOKMAN

Selamat tinggal warga Shah Alam, jika masih diberikan kesempatan Insya Allah, akan kita bertemu lagi. Tidak dilupakan setinggi penghargaan, jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak meluangkan masa bersamaku sepanjang aku di kolej ini terutama kepada Firdaus Lokman, Saiful Syahmi, Muhammad Fahim, Muhammad Nazrin, Encik Ariffin, Tuan Haji Khattab dan semua yang mengenli diri ini. Terima kasih sekali lagi, waktu-waktu bersama kalian tidak akan dilupakan. Semoga persahabatan kita bina ini akan berkekalan dan diberkati hendakNya.
SAIFUL SYAHMI  & ABG NASA
FAHIM & NAZRIN

 “PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI, HIDUP HARUS DITERUSKAN”
“BELAJAR, TERUS BELAJAR”

Mohamad Zamri Bin Abd Manap
Bilik Kuliah 8/10
Fakulti Pengurusan Hotel & Perlancongan
11.25 pagi, 21 Januari 2013.

hehehe...
aku tulis cerita ni masa dalam dewan peperiksaan tadi. bila dah blur dengan soalan tadi.



Selasa, 15 Januari 2013

K E J U T A N


Cabaran untuk kita menyatakan sesuatu yang benar kadangkala amat membebankan. Mungkin juga kerana hal-hal sebegini aku lebih selesa untuk berdiam sahaja. Namun, keburukkannya aku harus menerimanya selagi mana aku terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Mungkin kerana aku terlalu mementingkan perhubungan yang dijalinkan. Aku amat khuatir sekiranya cara dan gaya penyampaianku akan menyinggung dan akan mengeruhkan perhubungan kami sekiranya jalan berterus terang ini diambil.
Tetapi, aku juga khuatir sekiranya aku gagal dalam mengawal perasaan akibat memendam sahaja masalah yang dihapi ini.  Memang benar manusia sentiasa memerlukan teguran dan nasihat sesama kita untuk sentiasa berubah dan memperbaiki kelemahan diri. Namun setiap individu mempunyai gaya dan cara masing-masing dalam penyampaian dan penerimaan maklumat.
Dalam kes aku kini, aku terlalu risau dalam dua perkara. Pertama, aku amat risau apakah tindakan yang akan terjadi sekiranya kesabaranku gagal dipertahankan lagi. Dan yang kedua, sekiranya aku berjaya menegur sesuatu kesalahan itu, apakah pula reaksi penerimanya itu. Buat ketika ini, aku berharap kesabaranku ini akan terus bertahan dan aku masih mampu untuk bertindak secara rasional. Diharap kesabaran ini akan terus aku pertahankan sehinggalah penghujung semester ini sekurang-kurangnya.
Namun begitu, aku juga boleh dikatakan telah menzalimi diri ini sendiri. Mengapa? Kerana, mengapa perlu aku membebankan diri ini dengan masalah-masalah seperti ini? Aku seharusnya menegur sahaja mereka yang berkaitan dan dengan cara itu kedua-dua pihak akan memperoleh keuntungan masing-masing. Begitulah yang seharusnya. Namun, yang pasti aku masih belum mampu untuk menyatakan masalah ini kepada pelaku tersebut. Sesungguhnya, inilah kesalahanku yang terpaksa aku tanggungnya sendiri.
2012 telahpun melabuhkan tirai dan menjelma kini 2013. Semoga tahun yang baru ini aku beroleh dan bertemu dengan kekuatan untuk menyatakan kebenaran ini. Bagaimana caranya? Jawapannya terletak pada diri ini sendiri. Jika aku mahukan aku mampu untuk mengajak dan menyeru kebaikan ini, aku perlu memperbaiki diri ini terlebih dahulu dan kemudiannya memperkasakan diri dengan pelbagai pengetaahuan. Lihatlah, jawapannya telahpun aku ketahui tetapi aku masih lagi gagal untuk melaksanakannya. 
“Come zamri make these changes, prove that you can do it. Yes, sure you  can do it, Insya Allah.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Ahad, 2 Disember 2012

aku merepek lagi dah...


3 December 2012(persoalan)
Akhir-akhir ini aku seolah mendapat cabaran dalam menterjemahkan kearifan buah fikiran. Aku menghadapi cabaran untuk menyatakan keputusan yang akan membawa perasaan yang berbeza kepada individu yang terlibat. Setiap keputusan yang dipilih pasti akan membawa kegembiraan dan kesedihan kepada sesiapa yang terlibat. Perkara ini sungguh menakutkan aku.
Sudah pasti aku berusaha untuk memuaskan setiap dari mereka namun, aku juga sedar yang aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Berada di dalam situasi sebegini sungguh memerlukan aku berada dalam keadaan berfikir secara rasional secara total. Aku perlu untuk menjangkakan setiap perkara yang mungkin berlaku seterusnya. Segala baik dan buruk keputusan itu perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa tidak puas hati ini.
Namun selain dari dibelenggu dilema meemilih keputusan ini, aku juga semakin merindui suasana riuh di rumah. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan kali terakhir adalah kira-kira 6 minggu yang lepas. Sejak dari itu, hanya telefon menjadi alat perhubungan kami sekeluarga. Entah mengapa, semakin aku menghabiskan catatan hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jalil, Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu, semakin aku rasakan perasaan cinta terhadap emak,abah dan mereka yang lain. Rindu untuk bersama sahabat juga semakin menebal.
Aku hanya mampu merancang untuk mengambil sedikit masa untuk pulang ke kampung seketika minggu akan datang(14/12). Namun itu hanya perancangan dibuatku dan aku perlu redha dengan perancangan yang diatur Allah S.W.T. sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang dan Dia juga mengetahui apa-apa yang terbaik buat hambanya. Jika berkesempatan dan diizinkanNya, aku akan pulang ke kampung mengikut perancangan tersebut.
“ dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’ 34:13)
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Jumaat, 23 November 2012

berhabuk sudah...


23  November 2012(lamanya…)
Sudah lama rasanya aku tidak menulis catatan, rentetan perjalanan hidupku ini. Kali terakhir adalah pada 24 Oktober yang lalu. Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh tersebut. Seperti biasa asam garam kehidupan, setiap yang suka ada dukanya, yang gembira membawa sedihnya, yang susah bersama senangnya. Namun, walau apapun yang mendatang, itulah normal kehidupan. Kita harus tabah menghadapinya. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan mereka, Insya Allah.
Aku mulakan dengan berita mengejutkan ketika sambutan Aidiladha yang lalu. Berita mengenai nenek telah dipanggil menghadap Illahi. Kebiasaannya, berita sebegini mengundang kesedihan namun entah dimana silapnya, aku sedikit pun tidak terbit perasaan sedih dihati ini. Aku gembira dengan pemergian dan perpisahan ini. Gembira aku kerana, nenek tidak perlu menanggung ujian sakit yang lama. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan aku redha dengan ketentuanNya ini.
Kemudian, seperti biasa aku sentiasa ingin menambah kenalan disekelilingku ini. Dan peluang itu menjelma apabila aku kembali menyertai Yayasan Johawaki. Hampir 6 tahun lamanya aku meninggalkan pertubuhan ini. Dan kini aku kembali semula apabila mengenangkan setiap jasa-jasa mereka kepadaku yang aku sendiri tidak pasti samada aku mampu untuk membalasnya atau tidak.
Dan yang paling besar kejadian yang perlaku sepanjang tempoh ini adalah apabila 2 minggu yang akhir ini aku terlibat  dalam banyak program yang menjadikan aku salah seorang dari urusetia perlaksana. Semalam, baru sahaja aku terlibat dalam Pameran Rekacipta Inovasi Makanan, yang juga sebenarnya merupakan salah satu mata pelajaranku semester ini. Aku, Wawa dan Mun (bukan nama sebenar) telah bekerjasama menyiapkan dan merealisasikan pembutan Haw Rice Pudding. Inilah produk yang kami pamerkan sepannjang pameran ini berlangsung. Terdapat lagi berbagai jenis produk yang dipamerkan(jumlah 17 produk). Pameran yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini sungguh memenatkan dan mencabar kesabaran setiap peserta. Namun Allhamdulillah, semuanya telah selamatberlalu.
Belum pun reda keletihan menguruskan dan menyertai pameran itu, aku terlibat juga sebagai urusetia dalam satu program anjuran Sahabat Surau Kolej Jati di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam. Program yang bertajuk “Syria is Calling”. Satu program yang berjaya menyentuh hatiku, mensyukuri nikmat keamanan dan kebebasan di bumi Malaysia ini. Kami ditonjolkan,dipaparkan dengan secebis apa yang berlaku di bumi Syria. Dapat aku saksikan,betapa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri. Mereka sanggup berbunuhan, merampas hak orang lain bagi memuaskan kemahuan diri. Allahu Akbar, tanpa aku minta air mata ini mengalir kesedihan mengenangkan derita perjuangan rakyat Syria di bumi sendiiri demi mencapai keamanan yang diidamkan.
Minngu ini menjadi minggu yang amat memenatkan badanku. Namun, aku tdak perlu untuk merasakan kekesalan dari apa yang telah aku lakukan. Sememangnya badan ini sungguh penat apabila terlibat dalam pelbagai acara. Namun, habuannya adalah cita-cita untuk mengembangkan empayar jaringn sosialku semakin meluas.
Yang paling aku sukakan ketika ini, hubungan antara aku dan sahabat yang lain semkin kukuh. Hubungan antara aku dan mereka akan aku pasak dengan lebih kukuh demi kepentingan bersama. Aku merasakan sesuatu kerugian jika aku tidak berjaya untuk mengekalkan perhubungan ini. Mereka inilah yang telah membawa aku keluar dari kesunyian, kebodohan dan kekurangan yang selama ini aku lalui berseorangan. Dengan kehadiran mereka inilah  aku seolah mendapat kekuatan dan suntikan untuk menghadapi setiap yang mendatang dengan bersikap lebih positif dan terbuka.
“jangan diucap SELAMAT TINGGAL,sebaliknnya ucaplah HINGGA BERTEMU LAGI,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Selasa, 23 Oktober 2012

pembinaan hubungan PERSAHABATAN

 Pastry Decorating Competition 
21 Oktober 2012
Anjuran JPK Kolej Melati




















Fahim, Nazrin & Zamri
kek ni diberi nama "FAZARIN"
                                                                                                                             
gambar akan menjadi salah satu kenangan yang akan aku ingati.
"DON'T YOU EVER GIVE UP BEFORE FIGHT FOR IT,"

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Ahad, 7 Oktober 2012

ayah,abah,papa,abi,.....

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

·         Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

·         Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

·         Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

·         Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

·         Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

·         Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

·         Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

·         Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

·         Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

·         Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


ALLAH LEBIH MENGETAHUI...

Sabtu, 6 Oktober 2012

PEMBAHARUAN


7 October 2012 ( pembaharuan)
Semakin hari aku merasakan semakin banyak perkara-perkara yang aku lakukan melanggar batas normalku yang sekian lama aku amalkan. Aku kini mula menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, mula untuk menegur sesiapa sahaja walaupun pertama kali berjumpa, ssemakin benyak menghadiri kuliah-kuliah agama dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengizinkan untuk pintu hatiku terus terbuka menerima segala yang baik mengikut ajaran agama sendiri.
Kadangkala aku sendiri tertanya-tanya, mengapa perkara sebegini hadir ketika usiaku mula memasuki pertengahan 20-an. Dan akhirnya, jawapan itu aku temuinya di bumi Shah Alam ini.
Aku kini sedar yang aku tidak boleh lagi mengamalkan hidup bersendirian kerana fitrah semulajadi manusia yang sememangnya saling memerlukan antara satu sama yang lain. Aku yang sebelum ini hanya mementingkan diri sahaja dalam setiap keputusan dan kini aku berusaha untuk mencapai sesuatu keputusan berdasarkan kepentingan bersama.
Kini aku juga sedar bahawa sahabat yang selama ini bersama menemani aku merupakan antara individu yang penting dalam hidup ini. Merkalah yang akan mengingatkan aku tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak harus aku lakukan. Kini, aku berusaha dari masa ke semasa untuk menjalin hubungan persahabatan dengan seramai mungkin orang-orang disekelilingku ini. Tidak kira umur dan pangkat Insya Allah, akanku usahakan untuk mengenali merka ini.


“JADIKANLAH PERRTEMUAN DAN PERPISAHAN INI SESUATU YANG ENGKAU REDHAI,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI