Pagi ni bangun dari tidur agak awal dari yang biasa. Terus bersiap untuk solat Subuh. Selesai bersolat, terus sahaja on laptop dan mula online. Update Facebook dan banyak lagi.
Hati ini terasa agak berat udan malas untuk ke kelas hari ini. Tapi Tinggal 2 hari sahaja lagi kelas untuk Semester 1 berada di UiTM. Rilek la, hari Selasa depan dah nak balik kampung. Jadi teruskan perjalanan harian seperti biasa dilakukan.
Ok, disini ingin saya berkongsi sesuatu yang saya peroleh semasa menghadiri program Da'i Murrobbi di Masjid Negeri Selangor tempoh hari.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Al-Hujaraat: 13
Berikut adalah penerangan berkaitan dengan persamaan peranan antara lelaki dan wanita semasa di dunia ini. Peranan kita lelaki dan wanita adalah sama dan yang dan yang berbeza adalah fungsi atau kepentingan antara satu sama yang lain.
Peranan kita adalah sama seperti kita diwajibkan untuk bersolat 5 waktu sehari semalam apabila tiba waktunya. Dan yang bezanya adalah kaum wanita ada waktu tertentu akan meninggalkan rukun ini apabila tibanya waktu yang dikenali "datang bulan". dan ia wajib untuk diganti.
Berbeza dengan pendapat orang Barat. Mereka menganggap wanita ini adalah satu bebanan. Kaum wanita dipandang rendah di mata mereka. Antara tanda-tanda wanita dipandang rendah dalam budaya Barat:
Berbeza dengan pendapat orang Barat. Mereka menganggap wanita ini adalah satu bebanan. Kaum wanita dipandang rendah di mata mereka. Antara tanda-tanda wanita dipandang rendah dalam budaya Barat:
Mereka yang sudah berkahwin akan menukar nama mereka mengikut nama suami. Selama bertahun-tahun bangga dengan nama sendiri tetapi apabila mereka mendirkan rumah tangga, nama itu hanya tinggal kenangan. Tetapi hari ini,telah wujud sesuatu yang dipanggil "gender similarities hypothesis". Ia merupakan gerakan yang bertujuan membela atau memperjuangkan hak kaum wanita yang selama ini dianggap ditindas.
Tetapi, wajarkah ia juga diamalkan di negara kita Malaysia yang agam rasminya Islam. Islam sendiri telah mengajar kita tentang hak,peranan dan kepentingan antara lelaki dan wanita. Jadi apa lagi yang perlu dipersoalkan.

Jadi bersama-samalah kita kembali kepada apa yang diajarkan dalam Islam. Sesungguhnya Islam itu indah dan memudahkan umatnya.
(Sekian buat waktu ini. Jika terdapat kesalahan dan kekurangan dalam penyampaian ini harap dimaafkan. Dan betulkanlah apa yang salah dalam apa yang telah saya sampaikan.)
(Sekian buat waktu ini. Jika terdapat kesalahan dan kekurangan dalam penyampaian ini harap dimaafkan. Dan betulkanlah apa yang salah dalam apa yang telah saya sampaikan.)
Sekian, Wassalam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan