Isnin, 21 November 2011

PERKONGSIAN BARU

Assalamualaikum sahabat sekalian.
Perkongsian baru akan diwujudkan lagi.
Sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam dari Sermban petang Ahad yang lalu, hati ini tidak henti-henti terkenangkan mak, abah dan ahli keluarga yang lain. Turut sama menjelma difikiran ketika itu para sahabat yang kini berada di kampung.
tidak ketinggalan En. Baharudin Bin Karim sekeluarga yang kini seakan keluarga kedua buat diriku.

Entah mengapa semua ini berlaku. Ingin sekali diri ini meluangkan lebih banyak masa bersama mereka ini sebelum terlambat, tetapi perjuangan bagi menjamin kehidupan akan datang harus diteruskan. Segala yang berlaku akan menjadi pendorong bagi mencapai segala yang dihajatkan.

Semoga mereka semua akan sentiasa diberi kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Khamis, 17 November 2011

Hari Baru.

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera ke Atas Kamu, selamat pagi.


Tanggal 18 November 2011, bermula hari baru lagi. Minngu ini merupakan satu minggu yang boleh dikatakan penuh dengan tekanan, minggu yang memenatkan fizikal dan jasmani ini.
Kesemuanya berpunca apabila kerja serta tugasan yang diberi tidak disiapkan mengikut perancangan asal. Jadi sebagai balasannya; tekanan yang dihadapi.


Kelas penyediaan dan penyajian makanan minuman telah pun berlalu pada hari Selasa dan Rabu yang lepas. Insya Allah, ada input dan output di situ. Kedua-dua kelas tersebut memerlukan peningkatan kemahiran yang berterusan bagi menjadikan diri ini menguasai bidang tersebut, Insya Allah.


Kelas penyediaan makanan yang lepas, saya bersama seorang sahabat telah ditugaskan untuk menyediakan futtuchine bolognese with chicken cajun. Berbekalkan resepi yangtelah diberikan serta pengalaman lepas menyediakan hidangan ini, Alhamdulillah ia berjaya dihasilkan. turut membantu ialah pensyarah kelas tersebut juga.
Teringin juga rasa dihati ini untuk menyediakan hidangan ini kepada kaum keluarga serta sahabt sekalian. Tetapi masanya yang sesuai belum lagi ditemui. Insya Allah masanya akan tiba jika diizinkan Nya...

Selasa, 15 November 2011

dikeheningan malam

Jam sudah pun hampir jam 12.00 tengah malam. Mata sudah mula berat dan meminta untuk dilelapkan. Naun, esok ujian Keusahawanan menanti dengan penuh debaran. Nota sudah siap tersedia menunggu untuk dibaca, diselak, dibelek, dan bermacam lagi.
Namun begitu, pengaruh facebook mengatasi segalanya. Ditambah dengan kerancakan rakan-rakan facebook ini memberi komen terhadap apa yang ingin dikongsikan menjadikan diri ini semakin terleka. Walaupun sedar akan masalah ini, tetapi sehingga kini masih tiada lagi jalan penyelesaian yang dapat difikirkan.
Mungkin dengan meninggalkan broadband  di kampung? Ianya merupakan sesuatu yang amat mustahil. 

Apa pun yang berlaku kita seharusnya bertanggungjawap dengan setiap tindakan yang telah diambil. Jalan kehidupan telah ditetapkan, hanya kita yang akan membuat keputusan jalan yang mana akan dipilih.

"akibat terlalu mencari kecemerlangan, kegagalan itu lebih mudah dicari".

Kelas Amali Penyediaan Dan Penyajian Makanan

15 November 2011 ( Selasa )
Hari Selasa, seperti biasa akan ada kelas praktikal 'serving'. Hari ini merupakan minggu kedua kami menjual set A la Carte kepada pelanggan yang hadir. Seramai 20 orang tetamu membuat tempahan dan hanya 18 sahaja yang hadir.
'Serving' bermula seperti minggu-minggu yang sudah. Dimulakan dengan 'mise en place' dan seterusnya waktu operasi dan diakhiri dengan proses penutupan. Melalui kelas amali ini, kami sedikit sebanyak didedahkan dengan situasi sebenar di dalam industri penyediaan dan penyajian makanan.


MENU OF THE DAY
APPETIZER
Seafood Brochette
(RM3.00)

SOUP
Clear Oxtail Soup
(RM3.00)

MAIN COURSE
Choices of;
Grilled Marinated Sirloin served with Barbeque Sauce accompanied with Potato Patty and Glazed Root Vegetables
Or
Braised Beef Cutlet served with Potato Croquettes and Sauteed Mushrooms
(RM9.00)

DESSERTS

Choices of;
Pumpkin Pie
Or
Fruit Platter
(RM3.00)
 
 Kelas berakhir kira-kira jam 2.30 petang. Selepas selesai mengemaskan segala peralatan dan kemudahan yang digunakan kami terus pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Alhamdulillah, segalanya berjalan tanpa banyak masalah dan diharap untuk hari yang mendatang begitulah juga hendakNya....

Isnin, 14 November 2011

AKU

12 November 2011(SABTU)
Keriangan terpancar jelas dimuka kami bertiga. Walaupun keletihan mula menjelma apabila seharian melaksanakan tugas sebagai 'caterer'', tetapi masih lagi sempat untuk kami keluar bersama menghiburkan hati masing-masing. Dari kiri; saya sendiri, Nor Hazizi dan Sabree seolah-olah melupakan segala penat seharian menjalankan tugas tersebut.
Inilah antara sahabat yang rapat dengan saya. Tempoh perkenalan kami sahaja sudah mencecah 17 tahun. Satu angka yang melebihi saparuh dari umur kami bertiga.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau ampunilah segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
dosa guru-guruku,
dosa seluruh ahli keluargaku,
dosa para sahabtku,
dosa para muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Aku bermohon kepada Mu,
Kau tetapkanlah iman kami,
Kau tambahkanlah iman kami,
dan Kau kuatkanlah iman kami untuk terus menunaikan segala ajaran dan tetapan Mu, Ya Allah.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau jadikanlah langkah-langkah perjalanan kami,
langkah yang menuju kepada keredhaan Mu, Ya Allah.
Janganlah Kau jadikan langkah-langkah perjalanan kami,

langkah yang menuju kepada kemungkaran Mu, Ya Allah.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
sesungguhnya hidup dan mati kami hanyalah berlandaskan kepada kalimah;
"La illaha ilallah, Muhammad ya rasulullah".

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau perkenankanlah doa-doa kami. 

Selasa, 1 November 2011

Kembali Semula...

Tarikh 2 November 2011, dimana saya kembali semula ke alam penulisan ini untuk sedikit perkongsian hidup yang sudah mencecah 22 tahun ini. Alhamdulillah, Allah S.W.T masih lagi memberikan ruang kepada diri ini untuk meneruskan lagi perjuangan hidup ini.

Kini sudah masuk semester 2 di UiTM, dan cabaran semakin mencabar dan menguji logik dan kewarasan akal untuk menghadapi segala yang mendatang. Alhamdulillah, segalanya masih lagi dapat dikawal dan masih lagi terkawal. Bermulanya semester yang baru bermakna ada pelajaran baru yang akan diperoleh, Insya Allah.


Sepanjang semester 2 ini, kelas ini yang akan ditunggu setiap minggu. Kelas Operasi Restauran. Kami akan bekerjasama dalam mengendalikan sebuah restoran pada setiap hari Selasa dan Rabu. Walaupun kepenatan akan jelas terpancar selepas kelas, tetapi kepuasan dan kemahiran baru yang diajar akan menjadi keutamaan.