Sabtu, 31 Mac 2012

Aku masa muda dulu.


Secebis kenangan di awal semester 3


lunch di Mock.Rest FPHP

outing Plaza Alam Sentral

I City Shah Alam

I City Shah Alam

Caca, Manje, Atiqah, Aida, Amy

Orang dengar briefing, aku duk ambik gambar kelas...

masing-masing tak sabar nak mula masak sebab....

sesi membakar pastry choux

zamri(manap), amy, manje

najwa,zamri.dua-dua sama nakal...

HM 222 3A1

bersama Husna Akmar

Lunch di Mock.Rest. FPHP

Mohamad Zamri Bin Abd Manap
2010930003
HM 222
Foodservice Management

31-3-2012
Assalamualaikum, Salam Sejahter sekalian.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah diri ini masih lagi diberikan peluang untuk berpijak di bumi ini. Masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar, menikmati makanan dan minuman yang lazat, bergembira sesama makhluk di bumi dan banyak lagi nikmat kurniaan Allah yang masih diri ini nikmati.

Kini hampir 3 minggu saya meninggalkan kampung halaman untuk menjalani sesi P&P bagi mengukuhkan lagi ilmu dalam diri ini. Baru sahaja 20 hari bermula sesi semester yang baru, sudah terdapat pelbagai kisah suka dan duka tertulis dalam memori ingatan ini. Kesemua yang berlaku tetap ada hikmah, pengajaran di sebaliknya dan ianya akan mematangkan lagi diri ini dalam membuat keputusan.

Walaupun begitu, hidup haruslah diteruskan, dinikmati dengan pengisian yang berguna. Diharap apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang akan dapat dihadapi dengan lebih rasional.

Ahad, 18 Mac 2012


18 march 2012
Sudah lama rasanya tiada sebarang perkongsian dilakukan. Hal ini berpunca dari kesibukan, kemalasan, kekurangan idea untuk menulis serta banyak lagi alas an yang boleh dinyatakan. Tetapi tidak perlulah diluahkan semuanya.
Kini, hampir masuk minggu ke-3  semster baru (sem 3) di UiTM. Belum lagi tempoh 1 bullan disini, saya telah pun dibekalkan dengan tugasan-tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Semua ini menjadi rutin sesi pengajaran dan pembelajaran bagi setiap semester yang lalu dan akan mendatang.
Bermula semester baru bererti;
  • Berpindah ke blok Kolej Penginapan yang baru
  • Rakan serumah yang baru
  • Pengalaman dan ilmu yan baru
  • Bermulalah cabaran dan rintangan yang baru

  Yang akan ditempuhi dalam tempoh 14 minggu mendatang. Semua ini diharap akan Berjaya dilalui dengan tabah, tenang, keriangan dan akan mematangkan diri ini dalam menempuhi kehidupan di masa hadapan.
Akhir sekali, seperti semester yang lepas, saya juga mengharapkan semester ini akan lebih gemilang hendaknya. Tetapi bagi menggapai segala impian itu, tekad dan usahah harus bergerak seiringan bagi merealisasikan impian itu.
Wassalam…