31-3-2012
Assalamualaikum, Salam Sejahter sekalian.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah diri ini masih lagi diberikan peluang untuk berpijak di bumi ini. Masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar, menikmati makanan dan minuman yang lazat, bergembira sesama makhluk di bumi dan banyak lagi nikmat kurniaan Allah yang masih diri ini nikmati.
Kini hampir 3 minggu saya meninggalkan kampung halaman untuk menjalani sesi P&P bagi mengukuhkan lagi ilmu dalam diri ini. Baru sahaja 20 hari bermula sesi semester yang baru, sudah terdapat pelbagai kisah suka dan duka tertulis dalam memori ingatan ini. Kesemua yang berlaku tetap ada hikmah, pengajaran di sebaliknya dan ianya akan mematangkan lagi diri ini dalam membuat keputusan.
Walaupun begitu, hidup haruslah diteruskan, dinikmati dengan pengisian yang berguna. Diharap apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang akan dapat dihadapi dengan lebih rasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan