“
stop writing, time up.”
Mendengar sahaja kata-kata
keramat itu, sedikit kelegaan terbit dari hati ini. Akhirnya, perjalanan aku di
semester 3 ini ditamatkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kupanjatkan Ya
Allah. Aku mengambil sedikit masa sebelum keluar dari dewan peperiksaan. Satu
persatu kenangan suka duka, pahit manis muncul satu persatu. Hati mula
menerbitkan kesayuan apabila terkenang semuanya. Langkah diaturuntuk keluar
dari dewan peperiksaan dan menuju ke Masjid Mizan untuk solat Asar.
Selesai sahaja solat, aku
terus pulang ke kolej Jati. Sampai di bilik, kosong. Tiada rakan sebilik yang
lain. Air mata hampir sahaja menitis
lagi apabila kerinduan datang menjelma. Namun kutahan sedaya mungkin. Walau apapun
yang aku lakukan, perpisahan merupakan fitrah alam yang pasti samada secara
kekal atau bersifat sementara. Tiada yang mampu mengelak darinya.
Selsesai solat Maghrib, aku keluar ke Bandar kononnya
mencari ketenangan seketika. Namun, yang pasti ketenangan yang dicari sekadar
harapan sahaja. Aku berjaya menipu hati dan perasaan ini buat seketika yang
akau sedang berada dalam kesedihan, kerinduan, keseorangan, kesunyian dan
______________.
Balik sahaja ke bilik, perasaan rindu akan suasana ketika
bersama sahabat menjelma. Seketika aku menyalahkan mengapa perlu cuti ini.
Tetapi disaat rasional mula kembali dalam diri, mengapa perlu aku menyalahkan
keadaan. Perpisahan ini bukanlah satu yang kekal. Aku masih lagi boleh
berhubung dengan sahabat-sahabat yang lain dan Insya Allah, semester hadapan
menanti dengan cabaran dan kisah yang baru. Di saat itu, sahabat yang terpisah
akan muncul kembalijika di izinkanNya.
Untuk itu, aku harus tabah, kuat dan gagah menjalani
perjalanan hidup ini. Semua yang berlaku pasti akan membawa pengalaman dan
pengajaran baru dalam mematangkan diri ini. Aku juga mempersiapkan diri ini
untuk menjalani ibadah puasa yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Semoga
Ramadhan kali ini akan membawa permulaan dalam perubahan yang sedang aku
usahakan selama ini.
“
friends are not perfect.
They are human but,
they never have bad intentions toward us,
there is not a day our hearts did not find them.”
They are human but,
they never have bad intentions toward us,
there is not a day our hearts did not find them.”
ALLAH
LEBIH MENGETAHUI