Sabtu, 14 Julai 2012

13 Julai 2012( Hapuslah Air Matamu )



“ stop writing, time up.”
Mendengar sahaja kata-kata keramat itu, sedikit kelegaan terbit dari hati ini. Akhirnya, perjalanan aku di semester 3 ini ditamatkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kupanjatkan Ya Allah. Aku mengambil sedikit masa sebelum keluar dari dewan peperiksaan. Satu persatu kenangan suka duka, pahit manis muncul satu persatu. Hati mula menerbitkan kesayuan apabila terkenang semuanya. Langkah diaturuntuk keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke Masjid Mizan untuk solat Asar.
Selesai sahaja solat, aku terus pulang ke kolej Jati. Sampai di bilik, kosong. Tiada rakan sebilik yang lain.  Air mata hampir sahaja menitis lagi apabila kerinduan datang menjelma. Namun kutahan sedaya mungkin. Walau apapun yang aku lakukan, perpisahan merupakan fitrah alam yang pasti samada secara kekal atau bersifat sementara. Tiada yang mampu mengelak darinya.

Selsesai solat Maghrib, aku keluar ke Bandar kononnya mencari ketenangan seketika. Namun, yang pasti ketenangan yang dicari sekadar harapan sahaja. Aku berjaya menipu hati dan perasaan ini buat seketika yang akau sedang berada dalam kesedihan, kerinduan, keseorangan, kesunyian dan ______________.
Balik sahaja ke bilik, perasaan rindu akan suasana ketika bersama sahabat menjelma. Seketika aku menyalahkan mengapa perlu cuti ini. Tetapi disaat rasional mula kembali dalam diri, mengapa perlu aku menyalahkan keadaan. Perpisahan ini bukanlah satu yang kekal. Aku masih lagi boleh berhubung dengan sahabat-sahabat yang lain dan Insya Allah, semester hadapan menanti dengan cabaran dan kisah yang baru. Di saat itu, sahabat yang terpisah akan muncul kembalijika di izinkanNya.
Untuk itu, aku harus tabah, kuat dan gagah menjalani perjalanan hidup ini. Semua yang berlaku pasti akan membawa pengalaman dan pengajaran baru dalam mematangkan diri ini. Aku juga mempersiapkan diri ini untuk menjalani ibadah puasa yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa permulaan dalam perubahan yang sedang aku usahakan selama ini.
“ friends are not perfect.
They are human but,
 they never have bad intentions toward us,
 there is not a day our hearts did not find them.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan