Isnin, 17 September 2012

p.e.r.s.o.a.l.a.n.n.y.a


20 Ogos 2012( persoalan)

 ”jangan bagi anak makan kerak nasi, nanti anak jadi gagap,”
“jangan potong kuku di malam hari takut nanti dikejar harimau,”

Berikut adalah contoh larangan-larangan orang lama kepada sesiapa sahaja yang berkenaan. Walaupun kelihatan agak ragu-ragu, namun sudah tentu ianya mempunyai alas an tersendiri mengapa ianya dicipta. Jika difikir secara logik akal, bagaimana seekor harimau akan mengejar kita jika memotong kuku dimalam hari jika kita berada di luar habitat haiwan itu. Kadangkala, larangan atau tegahan ini kelihatan lebih banyak yang bersifat di luar logik seseorang manusia, namun persoalannya mengapa ianya masih lagi diperkatakan sehingga sekarang?
Malahan, ada mereka yang seolah-olah terlalu percaya akan ungkapan tersebut. Tetapi, ianya tidaklah dianggap serius dalam perjalanan hidup ini jika bijak memilih yang baik atau yang buruk. Mengapa larangan atau tegahan ini diungkap dalam kata-kata yang sebegini? Apakah rasionalnya mereka generasi terdahulu mewariskannya kepada kita semua?
Bagi pandanganku, ianya hanyalah sekadar larangan dalam bentuk kiasan untuk sesiapa yang berkenaan. Sebagai contoh, mengapa dilarang untuk memotong kuku di malam hari? Hal ini kerana, di waktu dahulu masih belum terdapat lagi lampu-lampu yang mampu menerangi rumah seperti sekarang. Dengan berbekalkan cahaya pelita atau lilin, peluang untuk kita cedera amatlah tinggi. Bagi mengelakkan ianya berlaku, nenek moyang kita telah menyatakan larangan dengan disertakan dengan sesuatu yang mampu menimbulkan perasaan gerun pada penerimanya.
Namun begitu, sesuatu yang amatlah aku tidak bersetuju berkenaan dengan larangan berkias ini adalah terdapat mereka yang meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya. Hal ini banyak terjadi sehingga ke hari ini. Dengan kemudahan pendidikan yang sedia ada, mengapakah masih wujud mereka yang mengamalkan pemikiran yang tertutup seperti ini? Adakah mereka ini tergolong dalam kalangan mereka yang takut untuk meelakukan perubahan akibat terlau selesa dengan keadaan yang sedia ada?
Permasalahan ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat. Kita sendiri yang telah sekian lama dimomokkan dengan pelbagai cerita yang dijaja dari dahulu lagi. Bagiku pula, mengapa masalah ini turut aku hadapi kerana sikapku sendiri. Sikap yang tidak mahu untuk mencari kebenaran dari sumber yang diperakui.  Namun begitu, aku bukanlah jenis yang cepat meletakkan kepercayaan pada sesuatu yang baru.
Walaupun begitu, kita tidak perlu menyalahkan individu lain diatas kelemahan ini sebaliknya diri sendiri yang harus memulakan perubahan membetulkan keadaan. Mengapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan diri sendir turut sama melakukan kesalahan itu.  Setiap perubahan yang ingin dilakukan itu perlulah dilakukan pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita mengajak orang lain bersama berubah. Dan ingatlah, setiap perubahan menuntut pengorbanan untuk berjaya.
ALLAH LEBIH MENGETAHU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan