24 September 2012( percubaan)
Jika pada semester yang lalu, aku telah menetapkan matlamat
untuk menambah kenalan seramai yang boleh, dan semester ini muncul pula
matlamat yang baru. Di samping ingin terus menambah senarai kenalan,
rakan-rakan, sahabat dan sebagainya, aku
juga menetapkan yang aku akan mencuba untuk menceburi aktiviti persatuan dalaman UiTM. Tidak kiralah apapun,
aku ingin sekali terlibat sama bagaimana menjayakan sesuatu majlis atau program
pada semester ini.
Sebagai permulaan, aku mula menyertai Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung(GPMS). Pada awalnya
ianya sebagai satu aktiviti yang bersifat suka-suka, namun kini aku cuba untuk member
komitmen dalam pertubuhan ini. Kelebihan yang ditawarkan terlalu banyak
sehinggakan aku tidak mampu untuk menafikannya.
Seterusnya, satu program yang harus aku jayakan bersama
rakan sekelas yang lain mengenai pemeran makanan yang berkaitan dengan subjek
yang ada pada semester ini. Kami dikehendaki mencipta satu produk berasakan
beras dan hendaklah dipamerkan kepada umum pada tarikh yang masih belum
ditetapkan. Ianya menjadi satu kewajipan kerana merupakan salah satu mata
pelajaran yang ditawarkan pada semester ini.
Dan yang terakhir, aku juga menyibukkan diri ini dalam satu
program dibawah anjuran Sahabat Surau Kolej Jati yang
berkaitan dengan aktiviti riadah. Program ini masih lagi dalam proses
perbincangan dan hanya akan diumumkan apabila satu persetujuan dapat dicapai
kelak.
Mengapa perlu aku untuk menyibukkan serta memenatkan diri
dengan program-program sebegini? Mungkin lebih baik aku menjadi pemerhati
sahaja. Atau mungkin aku hanya perlu duduk di bilik? Jawapannya mudah; “ilmu
yang dituntut bukan sahaja tertumpu di dalam kelas semata-mata, tetapi ilmu itu
ada dimana sahaja, kita hayan perlu menggunakan serta merebut segala peluang
yang terhidang.”
Aku masih lagi memerlukan aktiviti sebegini yang sedikit
sebanyak akan memberikan koleksi pengalaman yang akan berguna kelak. Melaluinya
juga aku akan memperbaiki Soft Skill diri ini. Pengalaman dalam
menjayakan program-program ini juga akan melatih diri ini untuk membuat
perancangan dengan lebih berkesan.
Bagiku, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai kebaikannya
secara nyata mahupun sebaliknya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk
mengambil setiap kebaikan atau mengasingkan keburukan yang ada. Amatlah rugi jika kit tidak dapat mengambil
atau merebut “sesuatu” dalam sesebuah program yang ada.
“SAMPAIKANLAH OLEHMU WALAU SEPOTONG AYAT,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI