·
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk
menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang
mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
·
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung
kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah
yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.
·
Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak
"sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah
sangat risau.??
·
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk
keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita
bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu
yang sangat berharga.
·
Saat kita sudah di percayai, ayah pun
melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka
ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
·
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita
ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk
keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau
memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan
bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
·
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan
meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati
mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin
bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
·
Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke
belakang dan menangis?
·
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan
dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah
putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
·
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan
kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg
memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
ALLAH LEBIH MENGETAHUI...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan