23 November 2012(lamanya…)
Sudah lama rasanya aku tidak menulis catatan, rentetan
perjalanan hidupku ini. Kali terakhir adalah pada 24 Oktober yang lalu. Terlalu
banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh tersebut. Seperti biasa asam garam
kehidupan, setiap yang suka ada dukanya, yang gembira membawa sedihnya, yang
susah bersama senangnya. Namun, walau apapun yang mendatang, itulah normal
kehidupan. Kita harus tabah menghadapinya. Allah tidak akan menguji hambanya
melebihi dari kemampuan mereka, Insya Allah.

Kemudian, seperti biasa aku sentiasa ingin menambah kenalan disekelilingku
ini. Dan peluang itu menjelma apabila aku kembali menyertai Yayasan Johawaki.
Hampir 6 tahun lamanya aku meninggalkan pertubuhan ini. Dan kini aku kembali
semula apabila mengenangkan setiap jasa-jasa mereka kepadaku yang aku sendiri
tidak pasti samada aku mampu untuk membalasnya atau tidak.
Dan yang paling besar kejadian
yang perlaku sepanjang tempoh ini adalah apabila 2 minggu yang akhir ini aku
terlibat dalam banyak program yang
menjadikan aku salah seorang dari urusetia perlaksana. Semalam, baru sahaja aku
terlibat dalam Pameran Rekacipta Inovasi Makanan, yang juga sebenarnya
merupakan salah satu mata pelajaranku semester ini. Aku, Wawa dan Mun (bukan nama sebenar) telah bekerjasama
menyiapkan dan merealisasikan pembutan Haw Rice Pudding. Inilah produk yang
kami pamerkan sepannjang pameran ini berlangsung. Terdapat lagi berbagai jenis
produk yang dipamerkan(jumlah 17 produk). Pameran yang berlangsung dari pukul
9.00 pagi hingga 4.00 petang ini sungguh memenatkan dan mencabar kesabaran
setiap peserta. Namun Allhamdulillah, semuanya
telah selamatberlalu.

Minngu ini menjadi minggu yang
amat memenatkan badanku. Namun, aku tdak perlu untuk merasakan kekesalan dari
apa yang telah aku lakukan. Sememangnya badan ini sungguh penat apabila
terlibat dalam pelbagai acara. Namun, habuannya adalah cita-cita untuk
mengembangkan empayar jaringn sosialku semakin meluas.
Yang paling aku sukakan ketika
ini, hubungan antara aku dan sahabat yang lain semkin kukuh. Hubungan antara
aku dan mereka akan aku pasak dengan lebih kukuh demi kepentingan bersama. Aku
merasakan sesuatu kerugian jika aku tidak berjaya untuk mengekalkan perhubungan
ini. Mereka inilah yang telah membawa aku keluar dari kesunyian, kebodohan dan kekurangan
yang selama ini aku lalui berseorangan. Dengan kehadiran mereka inilah aku seolah mendapat kekuatan dan suntikan
untuk menghadapi setiap yang mendatang dengan bersikap lebih positif dan
terbuka.
“jangan diucap SELAMAT
TINGGAL,sebaliknnya ucaplah HINGGA BERTEMU LAGI,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.