Jumaat, 23 November 2012

berhabuk sudah...


23  November 2012(lamanya…)
Sudah lama rasanya aku tidak menulis catatan, rentetan perjalanan hidupku ini. Kali terakhir adalah pada 24 Oktober yang lalu. Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh tersebut. Seperti biasa asam garam kehidupan, setiap yang suka ada dukanya, yang gembira membawa sedihnya, yang susah bersama senangnya. Namun, walau apapun yang mendatang, itulah normal kehidupan. Kita harus tabah menghadapinya. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan mereka, Insya Allah.
Aku mulakan dengan berita mengejutkan ketika sambutan Aidiladha yang lalu. Berita mengenai nenek telah dipanggil menghadap Illahi. Kebiasaannya, berita sebegini mengundang kesedihan namun entah dimana silapnya, aku sedikit pun tidak terbit perasaan sedih dihati ini. Aku gembira dengan pemergian dan perpisahan ini. Gembira aku kerana, nenek tidak perlu menanggung ujian sakit yang lama. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan aku redha dengan ketentuanNya ini.
Kemudian, seperti biasa aku sentiasa ingin menambah kenalan disekelilingku ini. Dan peluang itu menjelma apabila aku kembali menyertai Yayasan Johawaki. Hampir 6 tahun lamanya aku meninggalkan pertubuhan ini. Dan kini aku kembali semula apabila mengenangkan setiap jasa-jasa mereka kepadaku yang aku sendiri tidak pasti samada aku mampu untuk membalasnya atau tidak.
Dan yang paling besar kejadian yang perlaku sepanjang tempoh ini adalah apabila 2 minggu yang akhir ini aku terlibat  dalam banyak program yang menjadikan aku salah seorang dari urusetia perlaksana. Semalam, baru sahaja aku terlibat dalam Pameran Rekacipta Inovasi Makanan, yang juga sebenarnya merupakan salah satu mata pelajaranku semester ini. Aku, Wawa dan Mun (bukan nama sebenar) telah bekerjasama menyiapkan dan merealisasikan pembutan Haw Rice Pudding. Inilah produk yang kami pamerkan sepannjang pameran ini berlangsung. Terdapat lagi berbagai jenis produk yang dipamerkan(jumlah 17 produk). Pameran yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini sungguh memenatkan dan mencabar kesabaran setiap peserta. Namun Allhamdulillah, semuanya telah selamatberlalu.
Belum pun reda keletihan menguruskan dan menyertai pameran itu, aku terlibat juga sebagai urusetia dalam satu program anjuran Sahabat Surau Kolej Jati di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam. Program yang bertajuk “Syria is Calling”. Satu program yang berjaya menyentuh hatiku, mensyukuri nikmat keamanan dan kebebasan di bumi Malaysia ini. Kami ditonjolkan,dipaparkan dengan secebis apa yang berlaku di bumi Syria. Dapat aku saksikan,betapa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri. Mereka sanggup berbunuhan, merampas hak orang lain bagi memuaskan kemahuan diri. Allahu Akbar, tanpa aku minta air mata ini mengalir kesedihan mengenangkan derita perjuangan rakyat Syria di bumi sendiiri demi mencapai keamanan yang diidamkan.
Minngu ini menjadi minggu yang amat memenatkan badanku. Namun, aku tdak perlu untuk merasakan kekesalan dari apa yang telah aku lakukan. Sememangnya badan ini sungguh penat apabila terlibat dalam pelbagai acara. Namun, habuannya adalah cita-cita untuk mengembangkan empayar jaringn sosialku semakin meluas.
Yang paling aku sukakan ketika ini, hubungan antara aku dan sahabat yang lain semkin kukuh. Hubungan antara aku dan mereka akan aku pasak dengan lebih kukuh demi kepentingan bersama. Aku merasakan sesuatu kerugian jika aku tidak berjaya untuk mengekalkan perhubungan ini. Mereka inilah yang telah membawa aku keluar dari kesunyian, kebodohan dan kekurangan yang selama ini aku lalui berseorangan. Dengan kehadiran mereka inilah  aku seolah mendapat kekuatan dan suntikan untuk menghadapi setiap yang mendatang dengan bersikap lebih positif dan terbuka.
“jangan diucap SELAMAT TINGGAL,sebaliknnya ucaplah HINGGA BERTEMU LAGI,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan