Ahad, 2 Disember 2012

aku merepek lagi dah...


3 December 2012(persoalan)
Akhir-akhir ini aku seolah mendapat cabaran dalam menterjemahkan kearifan buah fikiran. Aku menghadapi cabaran untuk menyatakan keputusan yang akan membawa perasaan yang berbeza kepada individu yang terlibat. Setiap keputusan yang dipilih pasti akan membawa kegembiraan dan kesedihan kepada sesiapa yang terlibat. Perkara ini sungguh menakutkan aku.
Sudah pasti aku berusaha untuk memuaskan setiap dari mereka namun, aku juga sedar yang aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Berada di dalam situasi sebegini sungguh memerlukan aku berada dalam keadaan berfikir secara rasional secara total. Aku perlu untuk menjangkakan setiap perkara yang mungkin berlaku seterusnya. Segala baik dan buruk keputusan itu perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa tidak puas hati ini.
Namun selain dari dibelenggu dilema meemilih keputusan ini, aku juga semakin merindui suasana riuh di rumah. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan kali terakhir adalah kira-kira 6 minggu yang lepas. Sejak dari itu, hanya telefon menjadi alat perhubungan kami sekeluarga. Entah mengapa, semakin aku menghabiskan catatan hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jalil, Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu, semakin aku rasakan perasaan cinta terhadap emak,abah dan mereka yang lain. Rindu untuk bersama sahabat juga semakin menebal.
Aku hanya mampu merancang untuk mengambil sedikit masa untuk pulang ke kampung seketika minggu akan datang(14/12). Namun itu hanya perancangan dibuatku dan aku perlu redha dengan perancangan yang diatur Allah S.W.T. sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang dan Dia juga mengetahui apa-apa yang terbaik buat hambanya. Jika berkesempatan dan diizinkanNya, aku akan pulang ke kampung mengikut perancangan tersebut.
“ dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’ 34:13)
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan