Selasa, 15 Januari 2013

K E J U T A N


Cabaran untuk kita menyatakan sesuatu yang benar kadangkala amat membebankan. Mungkin juga kerana hal-hal sebegini aku lebih selesa untuk berdiam sahaja. Namun, keburukkannya aku harus menerimanya selagi mana aku terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Mungkin kerana aku terlalu mementingkan perhubungan yang dijalinkan. Aku amat khuatir sekiranya cara dan gaya penyampaianku akan menyinggung dan akan mengeruhkan perhubungan kami sekiranya jalan berterus terang ini diambil.
Tetapi, aku juga khuatir sekiranya aku gagal dalam mengawal perasaan akibat memendam sahaja masalah yang dihapi ini.  Memang benar manusia sentiasa memerlukan teguran dan nasihat sesama kita untuk sentiasa berubah dan memperbaiki kelemahan diri. Namun setiap individu mempunyai gaya dan cara masing-masing dalam penyampaian dan penerimaan maklumat.
Dalam kes aku kini, aku terlalu risau dalam dua perkara. Pertama, aku amat risau apakah tindakan yang akan terjadi sekiranya kesabaranku gagal dipertahankan lagi. Dan yang kedua, sekiranya aku berjaya menegur sesuatu kesalahan itu, apakah pula reaksi penerimanya itu. Buat ketika ini, aku berharap kesabaranku ini akan terus bertahan dan aku masih mampu untuk bertindak secara rasional. Diharap kesabaran ini akan terus aku pertahankan sehinggalah penghujung semester ini sekurang-kurangnya.
Namun begitu, aku juga boleh dikatakan telah menzalimi diri ini sendiri. Mengapa? Kerana, mengapa perlu aku membebankan diri ini dengan masalah-masalah seperti ini? Aku seharusnya menegur sahaja mereka yang berkaitan dan dengan cara itu kedua-dua pihak akan memperoleh keuntungan masing-masing. Begitulah yang seharusnya. Namun, yang pasti aku masih belum mampu untuk menyatakan masalah ini kepada pelaku tersebut. Sesungguhnya, inilah kesalahanku yang terpaksa aku tanggungnya sendiri.
2012 telahpun melabuhkan tirai dan menjelma kini 2013. Semoga tahun yang baru ini aku beroleh dan bertemu dengan kekuatan untuk menyatakan kebenaran ini. Bagaimana caranya? Jawapannya terletak pada diri ini sendiri. Jika aku mahukan aku mampu untuk mengajak dan menyeru kebaikan ini, aku perlu memperbaiki diri ini terlebih dahulu dan kemudiannya memperkasakan diri dengan pelbagai pengetaahuan. Lihatlah, jawapannya telahpun aku ketahui tetapi aku masih lagi gagal untuk melaksanakannya. 
“Come zamri make these changes, prove that you can do it. Yes, sure you  can do it, Insya Allah.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan