Isnin, 21 Januari 2013

Last Paper

21 Januari 2013 (Last paper)
Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di dalam dewan peperiksaan semester 4 ini. Alhamdulillah, segalanya baik-baik sahaja. hari ini juga secara rasminya tamatlah sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh hampir 20 minggu ini. Alhamdulillah, selamat sudah segala cabaran, dugaan, halangan, senyuman dihadapi dan seperti biasa setiap semester yang dilalui akan meninggalkan pelbagai kisah yang tersendiri.






Masih segar dalam ingatanku, aku terpaksa meredah hujan yang tidaklah lebat tetapi cukup membuatkan aku menggigil kesejukan sepanjang perjalanan dari rumah ke bumi Shah Ala mini di awal semester yang lalu. Dengan penuh kerisauan akibat pada awalnya aku tidak mendapat tempat mendiami kolej pada semester ini. Namun segalanya harus ditempuh walau apapun yang terjadi. Alhamdulillah, selang sehari kemudian rayuan permohonan kolejku berjaya. Aku kembali mendiami Kolej Kediaman Jati buat kali terakhir pastinya.



Sepanjang semester ini, kurasakan keletihan yang berpanjangan seolah-olah tidak putus-putus akibat dari penglibatanku dengan aktiviti luar bilik darjah. Mengapa aku melibatkan diri dengan aktiviti tersebut? Semestinya aku mempunyai agendaku yang tersendiri.
P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N
Sejak pulang dari mengikuti sebuah program anjuran Persatuan Mahasiswa Hadhari(PMH) di awal semester yang lalu, aku semakin sedar yang aku sememangnya tidak mampu untuk terus seperti sebelumnya. Terus berada dan bergerak seorangan. Aku memerlukan sokongan dari individu yang lain. Aku memerlukan teman untuk aku mengorak langkah perjuangan ini. Dan aku melihat melalui penglibatan dengan aktiviti luaran ini merupakan salah satu cara, jalan terbaik untuk merealisasikan matlamat itu.
Kini, aku masih lagi menikmati dan menantikan masa untuk berangkat pulang ke kampung pula. Secara rasminya, pada 22 Januari ini kami pelajar ijazah sarjana muda UiTM akan bercuti selama 6 minggu. Dan selepas ini ingin aku rakamkan penghargaanku kepada pihak pengurusan kolej Jati ini yang masih sudi menerima kehadiranku sepanjang 4 semester ini. Di semester hadapan Insya Allah, perjuanganku akan diteruskan lagi di bumi Puncak Alam.


FIRDAUS LOKMAN

Selamat tinggal warga Shah Alam, jika masih diberikan kesempatan Insya Allah, akan kita bertemu lagi. Tidak dilupakan setinggi penghargaan, jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak meluangkan masa bersamaku sepanjang aku di kolej ini terutama kepada Firdaus Lokman, Saiful Syahmi, Muhammad Fahim, Muhammad Nazrin, Encik Ariffin, Tuan Haji Khattab dan semua yang mengenli diri ini. Terima kasih sekali lagi, waktu-waktu bersama kalian tidak akan dilupakan. Semoga persahabatan kita bina ini akan berkekalan dan diberkati hendakNya.
SAIFUL SYAHMI  & ABG NASA
FAHIM & NAZRIN

 “PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI, HIDUP HARUS DITERUSKAN”
“BELAJAR, TERUS BELAJAR”

Mohamad Zamri Bin Abd Manap
Bilik Kuliah 8/10
Fakulti Pengurusan Hotel & Perlancongan
11.25 pagi, 21 Januari 2013.

hehehe...
aku tulis cerita ni masa dalam dewan peperiksaan tadi. bila dah blur dengan soalan tadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan