3 December 2012(persoalan)
Akhir-akhir
ini aku seolah mendapat cabaran dalam menterjemahkan kearifan buah fikiran. Aku
menghadapi cabaran untuk menyatakan keputusan yang akan membawa perasaan yang
berbeza kepada individu yang terlibat. Setiap keputusan yang dipilih pasti akan
membawa kegembiraan dan kesedihan kepada sesiapa yang terlibat. Perkara ini
sungguh menakutkan aku.
Sudah pasti
aku berusaha untuk memuaskan setiap dari mereka namun, aku juga sedar yang aku
tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Berada di dalam situasi sebegini
sungguh memerlukan aku berada dalam keadaan berfikir secara rasional secara
total. Aku perlu untuk menjangkakan setiap perkara yang mungkin berlaku
seterusnya. Segala baik dan buruk keputusan itu perlu diteliti terlebih dahulu
bagi mengurangkan rasa tidak puas hati ini.
Namun selain
dari dibelenggu dilema meemilih keputusan ini, aku juga semakin merindui
suasana riuh di rumah. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan kali
terakhir adalah kira-kira 6 minggu yang lepas. Sejak dari itu, hanya telefon
menjadi alat perhubungan kami sekeluarga. Entah mengapa, semakin aku
menghabiskan catatan hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jalil, Di Hamparan Shamrock
Kuseru NamaMu, semakin aku rasakan perasaan cinta terhadap emak,abah dan mereka
yang lain. Rindu untuk bersama sahabat juga semakin menebal.
Aku hanya
mampu merancang untuk mengambil sedikit masa untuk pulang ke kampung seketika
minggu akan datang(14/12). Namun itu hanya perancangan dibuatku dan aku perlu
redha dengan perancangan yang diatur Allah S.W.T. sesungguhnya Dialah
sebaik-baik perancang dan Dia juga mengetahui apa-apa yang terbaik buat
hambanya. Jika berkesempatan dan diizinkanNya, aku akan pulang ke kampung
mengikut perancangan tersebut.
“ dan sedikit sahaja
dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’ 34:13)
ALLAH LEBIH MENGETAHUI