Selasa, 21 Mei 2013

20 Mei 2013(Politeknik Merlimau Melaka)


Siri I;
9 Julai 2007, aku memulakan perjalanan perjuangan hidup ini dalam dunia institusi pengajian tinggi. Alhamdulillah. Aku berpeluang menyambung lagi pembelajaranku dalam jurusan Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik Merlimau Melaka. Aku tetap bersyukur dengan peluang yang diperolehi ini walaupun ianya bukanlah pilihan pertama ketika aku mengemukakan permohonan dahulu.


Seminggu sebelum tarikh tersebut, aku telah melapor diri  disana bagi mengikuti sesi orentasi yang dianjurkan pihak politeknik. Sejujurnya, ianya satu program yang sangat membosankan. Ianya dimulakan dengan aktiviti pada awal pagi dan diakhiri pada lewat malam selama seminggu. Ianya juga dipenuhi dengan program ceramah yang berpanjangan bertujuan memperkenalkan setiap kemudahan yang ada di Politeknik Merlimau ini. Tujuan program ini sebenarnya adalah untuk membolehkan kami selaku pelajar baru ini mengenali, mendapat gambaran awal suasana berada di dunia IPT.
Minggu berikutnya, aku mula masuk ke kelas yang ditetapkan, DHK 1B. seramai 7 orang lelaki ditempatkan bersama aku dalam kelas yang sama pada awalnya dan kemudian menjadi 9 sehingga akhir semester. Terdapat 4 orang pelajar cina dari keseluruhan kelas yang seramai 54 orang(kalau tak silap).
Tidak banyak peristiwa yang menarik sepanjang semester 1 ini kerana aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Di waktu semester 1 inilah aku mula dikenali sebagai Manap. Orang yang mula-mula memanggil nama itu adalah Nurul Ain Aqilah(dak Perak). Mengapa? Kerana, terdapat dua orang Zamri dalam kelas kami. jadi aku dipanggil Manap dan seorang lagi dipanggil Mail atau Ayie. Walaupun pada awalnya aku merasa agak marah dengan panggilan tersebut, namun akhirnya ia aku merasa selesa dengannya. Sehingga ke hari ini aku lebih dikenali dengan panggilan Manap dikalangan rakan-rakan, pensyarah yang ada.
Semester 1 juga merupakan permulaan untuk aku belajar bagaimana menguruskan hidup apabila berjauhan dengan ibu bapa. Pernah aku merasakan untuk menelefon Abah menjemput aku pulang sahaja,tidak menyambung pelajaran ini. Namun apabila mengenangkan kegarangan Abah dan leteran Mak yang pasti jika aku berbuat demikian, aku terus membatalkan niat tersebut. Aku mencabar diriku untuk terus berada, belajar disini. Kalau anak-anak yang lain boleh tamatkan pengajian mereka, mengapa tidak aku. Walaupun aku pada awalnya tidak mengetahui langsung apakah itu hotel dan katering mahupun apakah itu hospitality.
Walaupun tempoh 5 bulan lebih sepanjang semester 1 ini, namun tidak banyak perkara yang menarik berlaku. Aku lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik sepanjang waktu,  tidur. Namun, di semester-semester yang berikutnya aku mula merasai kemanisan berada di Merlimau, Melaka ini. Namun semuanya kan aku ceritakan dalam entri yang akan datang.

preview untuk entri yang akan datang.
prank birthday Syuhada Jamali
(Video tak jelas sebab record guna sony K550i. time ni xde lg segala macam Samsung Galaxy atau iPhone).

"policies and procedures are the ground rules of how to play the game,"
ALLAH LEBIH MENGETAHUI