Siri I;
9 Julai 2007, aku
memulakan perjalanan perjuangan hidup ini dalam dunia institusi pengajian
tinggi. Alhamdulillah. Aku berpeluang menyambung lagi pembelajaranku dalam
jurusan Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik Merlimau Melaka. Aku tetap
bersyukur dengan peluang yang diperolehi ini walaupun ianya bukanlah pilihan
pertama ketika aku mengemukakan permohonan dahulu.
Seminggu sebelum
tarikh tersebut, aku telah melapor diri
disana bagi mengikuti sesi orentasi yang dianjurkan pihak politeknik.
Sejujurnya, ianya satu program yang sangat membosankan. Ianya dimulakan dengan
aktiviti pada awal pagi dan diakhiri pada lewat malam selama seminggu. Ianya
juga dipenuhi dengan program ceramah yang berpanjangan bertujuan memperkenalkan
setiap kemudahan yang ada di Politeknik Merlimau ini. Tujuan program ini
sebenarnya adalah untuk membolehkan kami selaku pelajar baru ini mengenali,
mendapat gambaran awal suasana berada di dunia IPT.
Minggu berikutnya,
aku mula masuk ke kelas yang ditetapkan, DHK 1B. seramai 7 orang lelaki
ditempatkan bersama aku dalam kelas yang sama pada awalnya dan kemudian menjadi
9 sehingga akhir semester. Terdapat 4 orang pelajar cina dari keseluruhan kelas
yang seramai 54 orang(kalau tak silap).
Tidak banyak
peristiwa yang menarik sepanjang semester 1 ini kerana aku masih lagi dalam
proses menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Di waktu semester 1 inilah
aku mula dikenali sebagai Manap. Orang yang mula-mula memanggil nama itu adalah
Nurul Ain Aqilah(dak Perak). Mengapa?
Kerana, terdapat dua orang Zamri dalam kelas kami. jadi aku dipanggil Manap dan
seorang lagi dipanggil Mail atau Ayie. Walaupun pada awalnya aku merasa agak
marah dengan panggilan tersebut, namun akhirnya ia aku merasa selesa dengannya.
Sehingga ke hari ini aku lebih dikenali dengan panggilan Manap dikalangan
rakan-rakan, pensyarah yang ada.
Semester 1 juga
merupakan permulaan untuk aku belajar bagaimana menguruskan hidup apabila
berjauhan dengan ibu bapa. Pernah aku merasakan untuk menelefon Abah menjemput
aku pulang sahaja,tidak menyambung pelajaran ini. Namun apabila mengenangkan
kegarangan Abah dan leteran Mak yang pasti jika aku berbuat demikian, aku terus
membatalkan niat tersebut. Aku mencabar diriku untuk terus berada, belajar
disini. Kalau anak-anak yang lain boleh tamatkan pengajian mereka, mengapa
tidak aku. Walaupun aku pada awalnya tidak mengetahui langsung apakah itu hotel
dan katering mahupun apakah itu hospitality.
Walaupun tempoh 5
bulan lebih sepanjang semester 1 ini, namun tidak banyak perkara yang menarik
berlaku. Aku lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik sepanjang
waktu, tidur. Namun, di
semester-semester yang berikutnya aku mula merasai kemanisan berada di Merlimau,
Melaka ini. Namun semuanya kan aku ceritakan dalam entri yang akan datang.
preview untuk entri yang akan datang.
prank birthday Syuhada Jamali
prank birthday Syuhada Jamali
(Video tak jelas sebab record guna sony K550i. time ni xde lg segala macam Samsung Galaxy atau iPhone).
"policies and procedures are the ground rules of how to play the game,"
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan