Selasa, 19 Mac 2013

“ AKIBAT TERLALU MENGEJAR KEJAYAAN, KEGAGALAN LEBIH MUDAH DIPEROLEHI,”



19 March 2013

Sememangnya kita harus mencipta kejayaan dalam kehidupan ini bagi memastikan kehidupan nyang lebih terjamin, selesa dan lebih berkeyakinan. Tetapi jika kita hanya memikirkan kejayaan, bagaimana pula dengan sisi kegagalan.  Kita akan terus berusaha pelbagai cara mengikut acuan masing-masing bagi memastikan kejayaan ini dapat di realisasikan.
Bagaimana jika dalam pertengahan perjalanan menuju kejayaan itu kegagalan menjelma. Ketika inilah seseorang itu sebenarnya diuji samada belaiu dapat mengharunginya atau tidak. Melalui kegagalan ini, kejayaan selepasnya akan menjadi bertambah manis dan kita juga akan berhati-hati dalam membuat keputusan yang berikutnya.

Contoh disini; dua pasukan bermain futsal, pasukan A dan B. kedua-dua pasukan ini bermain dengan satu objektif yang sama; memenangi perlawana menentang pihak lawan masing-masing. Ketika perlawanan berlangsung, pasukan A terlalu ghairah untuk mencipta kemenangan.serangan bertali arus ke kubu pihak B. b hanya sekali-sekala melancarkan serangan, dan akhirnya akibat terlalu mengutamakan bahagian serangan, pertahanan A menjadi longgar dan melalui satu serangan yang mengejut B Berjaya membolosi gawang A. akhirnya A mengalami kekalahan. Puncanya; A terlalu optimis untuk menjaringkan gol dan secara tak langsung telah mengabaikan kubu pertahanan mereka. Tidak salah kiranya kita mengundur kebelakang sedikit apabila serangan kita lakukan tidak berjaya. Mengundur ini bukanlah bermaksud kita menyerah kalah, tetapi mengundur dengan kita untuk merencana serangan yang lebih baik dan berkesan.

Untuk merasai kemanisan kejayaan itu, kita tidak perlu terlalu ghairah untuk mengecapinya. Akibat terlalu inginkan kejayaan itu, takut-takut masalah lain pula yang akan timbul. Kita juga perlulah mengelakkan sebarang bentuk jalan mudh yang mungkin diambil nanti. Jalan mudah yang bermaksud menggunakan cara yang tidak sepatutnya dalam merealisasikan matlamat kita. Jadi kita harus merancang perjalanan kita untuk mengecapi kejayaan itu. Kita juga perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan KEGAGALAN muncul di pertengahan perjalanan KEJAYAAN. Gagal sekali bukan bermaksud kita tidk akan gagal lagi. Kegagalan seharusnya dijadikan satu penanda untuk kita membentuk sesuatu keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Amatlah rugi jika seseorang itu sekiranya hari ini lebih teruk dari sebelumnya.

“pertahanan terbaik adalah menyerang”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan