Ahad, 17 Mac 2013

18 March 2013(sepakat?)



Al kisah,
terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripad Ayah, Emak, Kakak dan Adik. Kisah terjadi di ketika pertengahan Ramadhan. Ayah baru sahaja memperoleh insentif bonus 2 bulan gaji bulanan. Ayah bercadang membawa isteri dan anak-anak keluar membeli serta mendapatkan keperluan untuk meraikan hari raya yang bakal tiba.
Tiba malamnya, mereka sekeluarga pun keluar ke Bandar berdekatan untuk mendapatkan keperluan yang diperlukan. Tetapi Adik mengambil keputusan untuk tinggal bersama Atok yang baru sampai dari kampung beberapa hari lepas. Ayah sekeluarga pun ke bandar.
Mereka membeli pelbagai keperluan yang diperlukan. Pada ketika itu, Emak telah memelih sepasang baju melayu untuk Adik. Mengikut pengamatan mereka, baju yang dipilih itu akan padan dengan saiz badan Adik. Selesainya, mereka terus pulang ke rumah.
Sampai di rumah, Emak meminta Adik mencuba baju yang dibelikan. Saiz baju memang padan dengan Adik namun, seluarnya agak sedikit labuh kira-kira 2 inchi. Akibat keletihan, Emak mengatakan yang dia akan memotong bahagian yang labuh di lain ketika.
Kira-kira jam 1 pagi, Emak terjaga dari tidurnya. Akibat tidak ingin Adik berkecil hati akibat seluarnya yang agak labuh, Emak mengambil keputusan untuk memotongnya dan menjahit seluar diketika itu. Selesai seluar itu dijahit semula, Emak menyimpan semula di dalam almari dan kemudian kembali tidur.
Kemudiannya, kira-kira jam 2 pagi Kakak pula terjaga akibat terlalu memikirkan masalah seluar Adik. Seperti Emak, Kakak pun mengambil seluar tadi dan memotong serta menjahitnya kembali. Selesainya Kakak menyamung tidurnya semula.
Kira-kira jam 3 pagi, Ayah terjaga untuk membuang air kecil. Keluar dari bilik air, Ayah pun turut sama memikirkan masalah seluar Adik tadi. Dan seperti Emak dan Kakak, Ayah pun turut memotong dan menjahit kembali seluar Adik.
Tibalah hari raya yang dinantikan. Adik dengan gembira bersiap untuk mengikut Ayah ke masjid. Ketika mengenakan baju melayu yang dibeli seluar Adik kelihatan agak senteng. Jika sebelum ini seluar itu labuh 2 inchi, kini seluar itu menjadi pendek 4 inchi. Ketika itulah baru Emak, Ayah dan Kakakmengatakan yang masing-masing telah memotong dan menjahit kembali seluar Adik tersebut tanpa pengetahuan masing-masing bagi mengurangkan kerja mereka.



Pengajarannya:
sepakat antara kita amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Seeloknya, apabila kita ingin melakukan sesuatu tugasan kita perlu merancang dan bersepakat dalam penentuan tugasan yang perlu dilakukan. Niat Ayah, Emak dan Kakak memang baik iaitu ingin meringankan kerja sesame mereka. Namun akibat dari tiada kesepakatan di buat, Adik menjadi mangsa, seluar yang ingin dipakai menjadi pendek. Terdapat pepatah yang mengatakan “sepakat membawa berkat, asas hidup bermasyarakat,”
Jika kita bersama sepakat dalam sesuatu melakukan sesuatu kerja Insya Allah, kerja tersebut akan dirasakan lebih mudah dilaksanakan.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan