Isnin, 21 November 2011

PERKONGSIAN BARU

Assalamualaikum sahabat sekalian.
Perkongsian baru akan diwujudkan lagi.
Sepanjang perjalanan pulang ke Shah Alam dari Sermban petang Ahad yang lalu, hati ini tidak henti-henti terkenangkan mak, abah dan ahli keluarga yang lain. Turut sama menjelma difikiran ketika itu para sahabat yang kini berada di kampung.
tidak ketinggalan En. Baharudin Bin Karim sekeluarga yang kini seakan keluarga kedua buat diriku.

Entah mengapa semua ini berlaku. Ingin sekali diri ini meluangkan lebih banyak masa bersama mereka ini sebelum terlambat, tetapi perjuangan bagi menjamin kehidupan akan datang harus diteruskan. Segala yang berlaku akan menjadi pendorong bagi mencapai segala yang dihajatkan.

Semoga mereka semua akan sentiasa diberi kekuatan fizikal dan mental bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Khamis, 17 November 2011

Hari Baru.

Assalamualaikum...
Selamat Sejahtera ke Atas Kamu, selamat pagi.


Tanggal 18 November 2011, bermula hari baru lagi. Minngu ini merupakan satu minggu yang boleh dikatakan penuh dengan tekanan, minggu yang memenatkan fizikal dan jasmani ini.
Kesemuanya berpunca apabila kerja serta tugasan yang diberi tidak disiapkan mengikut perancangan asal. Jadi sebagai balasannya; tekanan yang dihadapi.


Kelas penyediaan dan penyajian makanan minuman telah pun berlalu pada hari Selasa dan Rabu yang lepas. Insya Allah, ada input dan output di situ. Kedua-dua kelas tersebut memerlukan peningkatan kemahiran yang berterusan bagi menjadikan diri ini menguasai bidang tersebut, Insya Allah.


Kelas penyediaan makanan yang lepas, saya bersama seorang sahabat telah ditugaskan untuk menyediakan futtuchine bolognese with chicken cajun. Berbekalkan resepi yangtelah diberikan serta pengalaman lepas menyediakan hidangan ini, Alhamdulillah ia berjaya dihasilkan. turut membantu ialah pensyarah kelas tersebut juga.
Teringin juga rasa dihati ini untuk menyediakan hidangan ini kepada kaum keluarga serta sahabt sekalian. Tetapi masanya yang sesuai belum lagi ditemui. Insya Allah masanya akan tiba jika diizinkan Nya...

Selasa, 15 November 2011

dikeheningan malam

Jam sudah pun hampir jam 12.00 tengah malam. Mata sudah mula berat dan meminta untuk dilelapkan. Naun, esok ujian Keusahawanan menanti dengan penuh debaran. Nota sudah siap tersedia menunggu untuk dibaca, diselak, dibelek, dan bermacam lagi.
Namun begitu, pengaruh facebook mengatasi segalanya. Ditambah dengan kerancakan rakan-rakan facebook ini memberi komen terhadap apa yang ingin dikongsikan menjadikan diri ini semakin terleka. Walaupun sedar akan masalah ini, tetapi sehingga kini masih tiada lagi jalan penyelesaian yang dapat difikirkan.
Mungkin dengan meninggalkan broadband  di kampung? Ianya merupakan sesuatu yang amat mustahil. 

Apa pun yang berlaku kita seharusnya bertanggungjawap dengan setiap tindakan yang telah diambil. Jalan kehidupan telah ditetapkan, hanya kita yang akan membuat keputusan jalan yang mana akan dipilih.

"akibat terlalu mencari kecemerlangan, kegagalan itu lebih mudah dicari".

Kelas Amali Penyediaan Dan Penyajian Makanan

15 November 2011 ( Selasa )
Hari Selasa, seperti biasa akan ada kelas praktikal 'serving'. Hari ini merupakan minggu kedua kami menjual set A la Carte kepada pelanggan yang hadir. Seramai 20 orang tetamu membuat tempahan dan hanya 18 sahaja yang hadir.
'Serving' bermula seperti minggu-minggu yang sudah. Dimulakan dengan 'mise en place' dan seterusnya waktu operasi dan diakhiri dengan proses penutupan. Melalui kelas amali ini, kami sedikit sebanyak didedahkan dengan situasi sebenar di dalam industri penyediaan dan penyajian makanan.


MENU OF THE DAY
APPETIZER
Seafood Brochette
(RM3.00)

SOUP
Clear Oxtail Soup
(RM3.00)

MAIN COURSE
Choices of;
Grilled Marinated Sirloin served with Barbeque Sauce accompanied with Potato Patty and Glazed Root Vegetables
Or
Braised Beef Cutlet served with Potato Croquettes and Sauteed Mushrooms
(RM9.00)

DESSERTS

Choices of;
Pumpkin Pie
Or
Fruit Platter
(RM3.00)
 
 Kelas berakhir kira-kira jam 2.30 petang. Selepas selesai mengemaskan segala peralatan dan kemudahan yang digunakan kami terus pulang ke kolej kediaman masing-masing.
Alhamdulillah, segalanya berjalan tanpa banyak masalah dan diharap untuk hari yang mendatang begitulah juga hendakNya....

Isnin, 14 November 2011

AKU

12 November 2011(SABTU)
Keriangan terpancar jelas dimuka kami bertiga. Walaupun keletihan mula menjelma apabila seharian melaksanakan tugas sebagai 'caterer'', tetapi masih lagi sempat untuk kami keluar bersama menghiburkan hati masing-masing. Dari kiri; saya sendiri, Nor Hazizi dan Sabree seolah-olah melupakan segala penat seharian menjalankan tugas tersebut.
Inilah antara sahabat yang rapat dengan saya. Tempoh perkenalan kami sahaja sudah mencecah 17 tahun. Satu angka yang melebihi saparuh dari umur kami bertiga.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau ampunilah segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
dosa guru-guruku,
dosa seluruh ahli keluargaku,
dosa para sahabtku,
dosa para muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Aku bermohon kepada Mu,
Kau tetapkanlah iman kami,
Kau tambahkanlah iman kami,
dan Kau kuatkanlah iman kami untuk terus menunaikan segala ajaran dan tetapan Mu, Ya Allah.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau jadikanlah langkah-langkah perjalanan kami,
langkah yang menuju kepada keredhaan Mu, Ya Allah.
Janganlah Kau jadikan langkah-langkah perjalanan kami,

langkah yang menuju kepada kemungkaran Mu, Ya Allah.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
sesungguhnya hidup dan mati kami hanyalah berlandaskan kepada kalimah;
"La illaha ilallah, Muhammad ya rasulullah".

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Kau perkenankanlah doa-doa kami. 

Selasa, 1 November 2011

Kembali Semula...

Tarikh 2 November 2011, dimana saya kembali semula ke alam penulisan ini untuk sedikit perkongsian hidup yang sudah mencecah 22 tahun ini. Alhamdulillah, Allah S.W.T masih lagi memberikan ruang kepada diri ini untuk meneruskan lagi perjuangan hidup ini.

Kini sudah masuk semester 2 di UiTM, dan cabaran semakin mencabar dan menguji logik dan kewarasan akal untuk menghadapi segala yang mendatang. Alhamdulillah, segalanya masih lagi dapat dikawal dan masih lagi terkawal. Bermulanya semester yang baru bermakna ada pelajaran baru yang akan diperoleh, Insya Allah.


Sepanjang semester 2 ini, kelas ini yang akan ditunggu setiap minggu. Kelas Operasi Restauran. Kami akan bekerjasama dalam mengendalikan sebuah restoran pada setiap hari Selasa dan Rabu. Walaupun kepenatan akan jelas terpancar selepas kelas, tetapi kepuasan dan kemahiran baru yang diajar akan menjadi keutamaan.

Ahad, 1 Mei 2011

tangan di dahi ii

30 April 2011.
Selesai sudah menjawab ujian akhir MGT 412. Soalan yang diuji agak mencabar akal logikku ini. Tapi berdasarkan logik akal dan sedikit bacaan saat akhir, layan je la. Siap kua dewan awal 45 minit tadi. Camne la keputusannya nanti. Tunggu je la cmne kan...

1 Mei 2011.
There is nothing special today. Only this morning I meet with Ahmad Nordin at KFC Seksyen 7. Its been very long time we didn't meet each other. Both of us very busy with our world. We just talking about new life in IPT and some of our experiences.
Then, after that nothing special happen. I only sit in my room playing games,watching videos, updating FaceBook, and many more.

Khamis, 28 April 2011

tangan di dahi

First paper telah berjaya dijawab petang tadi. Walaupun agak mengecewakan kerana hampir sahaja aku xdpt nk jawab soalan2 yang diuji.
Tetapi,berbekalkan logik di kepala,layan sahaja.

Sekarang akan bermula chapter baru. Subjek Marketing akan menyusulo pada Sabtu ini. Dan seperti biasa, diharap segalanya akan berjalan lancar seperti yang dikehendaki...
Gambatte Kudasai...

Rabu, 27 April 2011

huuuarghh...

Assalamualaikum & Selamat Pagi....
lebih kurang 13 jam sahaja lagi saya akan memulakan perjuangan di dalam dewan peperiksaan.Gementar,dedau,gugup sume ade skarang ni...
Time ni buku kalau boleh nk bukak sume skali n bace sume nye dalam mase yg same...
Ni la akibatnye dok enjoy time mase lapang.now you deserve it.
Walau camne skalipn, tetap sempat update blog.Sebab sdg break sekejap.


Tah camne la nk jawab petang nnt.Nak xnak kene pegi n masuk gak dewan tu.Kalau x,alamatnye sem depan xdpt naik sem 2....
Pape pon diharap diri ini diberi kelapangan semasa menjawab segala soalan yg diuji. Semoga tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini dalam masa yang terdekat ni....
GAMBATTE KUDASAI...

Selasa, 26 April 2011

main gile pulak...

hahaha...
sebelum tido ni aku dok layan lagu raye ngan roommate ni.Macam tak caye lak. Lepas ni lagu balik kampung lak. Hadoi,bertambah la syahdunye...

catatan baru...

Assalamualaikum....
Kini kegilaan menulis blog semakin meluas? Betul ke?
Baru je kejap tadi tengok2 blog kawan-kawan yang lain. Mungkin ni satu cara untuk kita menyampaikan sesuatu kepada orang lain.Kepada yang sudah memulakan aktiviti ini,tahniah dan teruskan usaha anda.







ceh...Punye la skema.
Pape pn terima kasih kepada yg Follow page ni.Teruskan menyokong dan lebih banyak yang boleh kita kongsikan disini....
Nanti di masa akan datang saya akan kongsikan pengalaman bersama warga SMKDUAM, PMM dan UiTM. Insya Allah...

Isnin, 25 April 2011

Bermulanya minggu peperiksaan...(28 April-7 Mei 2011)

Yeah...
Sudah bermula perjuangan untuk melihat tahap kefahaman sepanjang hampir 4 bulan pertama sebagai pelajar UiTM. Baru je tiba dari Johol petang tadi. Jadi malam ni mulalah menyelak-nyelak buku...
Camne la gak nye nk g dewan tu nnt...harapnye ok la...Gambatte Kudasai.

Khamis, 14 April 2011

Permulaan Hari...

Assalamualaiku...
Pagi ni bangun dari tidur agak awal dari yang biasa. Terus bersiap untuk solat Subuh. Selesai bersolat, terus sahaja on laptop dan mula online. Update Facebook dan banyak lagi.
Hati ini terasa agak berat udan malas untuk ke kelas hari ini. Tapi Tinggal 2 hari sahaja lagi kelas untuk Semester 1 berada di UiTM. Rilek  la, hari Selasa depan dah nak balik kampung. Jadi teruskan perjalanan harian seperti biasa dilakukan.
Ok, disini ingin saya berkongsi sesuatu yang saya peroleh semasa menghadiri program Da'i Murrobbi di Masjid Negeri Selangor tempoh hari.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Al-Hujaraat: 13

Berikut adalah penerangan berkaitan dengan persamaan peranan antara lelaki dan wanita semasa di dunia ini. Peranan kita lelaki dan wanita adalah sama dan yang dan yang berbeza adalah fungsi atau kepentingan antara satu sama yang lain.
Peranan kita adalah sama seperti kita diwajibkan untuk bersolat 5 waktu sehari semalam apabila tiba waktunya. Dan yang bezanya adalah kaum wanita ada waktu tertentu akan meninggalkan rukun ini apabila tibanya waktu yang dikenali "datang bulan". dan ia wajib untuk diganti.
Berbeza dengan pendapat orang Barat. Mereka menganggap wanita ini adalah satu bebanan. Kaum wanita dipandang rendah di mata mereka. Antara tanda-tanda wanita dipandang rendah dalam budaya Barat:
Mereka yang sudah berkahwin akan menukar nama mereka mengikut nama suami. Selama bertahun-tahun bangga dengan nama sendiri tetapi apabila mereka mendirkan rumah tangga, nama itu hanya tinggal kenangan. Tetapi hari ini,telah wujud  sesuatu yang dipanggil "gender similarities hypothesis". Ia merupakan gerakan yang bertujuan membela atau memperjuangkan hak kaum wanita yang selama ini dianggap ditindas.
Tetapi, wajarkah ia juga diamalkan di negara kita Malaysia yang agam rasminya Islam. Islam sendiri telah mengajar kita tentang hak,peranan dan kepentingan antara lelaki dan wanita. Jadi apa lagi yang perlu dipersoalkan.
Jadi bersama-samalah kita kembali kepada apa yang diajarkan dalam Islam. Sesungguhnya Islam itu indah dan memudahkan umatnya.
(Sekian buat waktu ini. Jika terdapat kesalahan dan kekurangan dalam penyampaian ini harap dimaafkan. Dan betulkanlah apa yang salah dalam apa yang telah saya sampaikan.)
Sekian, Wassalam.....

Pengenalan diri buat semua.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya bernama Mohamad Zamri Bin Abd Manap. Berasal dari Johol, Negeri Sembilan. Pendidikan secara formal bermula di Tadika Inas, Sekolah Kebangsaan Undang Johol, Sekolah Menengah Datuk Undang Abdul Manap, Politeknik Merlimau Melaka dan kini di UiTM Shah Alam. Kini sedang menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perkhidmatan Makanan.

Sepanjang hampir 22 tahun menetap di muka Bumi ini, pelbagai maklumat yang telah diperolehi dan disini, ruangan ini jika diberikan kesempatan,akan saya kongsikan apa sahaja maklumat yang mungkin berguna untuk semua.
"sampaikanlah walau sepotong ayat,"
Anda juga amat digelakkan untuk merperbetulkan apa-apa kesalahan dalam penyampaian ini. 
Kepada yang mengenali diri ini, silakan terus mengikuti segala perkembangan laman ini sebagai 1 sokongan kepada saya.
Akhir kata mukadimmah ini, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengikuti laman ini. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penyampaian saya ini.