19 March 2013
Sememangnya kita harus mencipta kejayaan dalam
kehidupan ini bagi memastikan kehidupan nyang lebih terjamin, selesa dan lebih
berkeyakinan. Tetapi jika kita hanya memikirkan kejayaan, bagaimana pula dengan
sisi kegagalan. Kita akan terus berusaha
pelbagai cara mengikut acuan masing-masing bagi memastikan kejayaan ini dapat
di realisasikan.
Bagaimana jika dalam pertengahan perjalanan menuju kejayaan
itu kegagalan menjelma. Ketika inilah seseorang itu sebenarnya diuji samada
belaiu dapat mengharunginya atau tidak. Melalui kegagalan ini, kejayaan
selepasnya akan menjadi bertambah manis dan kita juga akan berhati-hati dalam
membuat keputusan yang berikutnya.
Contoh disini; dua pasukan bermain futsal, pasukan A dan B.
kedua-dua pasukan ini bermain dengan satu objektif yang sama; memenangi
perlawana menentang pihak lawan masing-masing. Ketika perlawanan berlangsung,
pasukan A terlalu ghairah untuk mencipta kemenangan.serangan bertali arus ke
kubu pihak B. b hanya sekali-sekala melancarkan serangan, dan akhirnya akibat
terlalu mengutamakan bahagian serangan, pertahanan A menjadi longgar dan
melalui satu serangan yang mengejut B Berjaya membolosi gawang A. akhirnya A
mengalami kekalahan. Puncanya; A terlalu optimis untuk menjaringkan gol dan
secara tak langsung telah mengabaikan kubu pertahanan mereka. Tidak salah
kiranya kita mengundur kebelakang sedikit apabila serangan kita lakukan tidak
berjaya. Mengundur ini bukanlah bermaksud kita menyerah kalah, tetapi mengundur
dengan kita untuk merencana serangan yang lebih baik dan berkesan.
Untuk merasai kemanisan kejayaan itu, kita tidak perlu
terlalu ghairah untuk mengecapinya. Akibat terlalu inginkan kejayaan itu,
takut-takut masalah lain pula yang akan timbul. Kita juga perlulah mengelakkan
sebarang bentuk jalan mudh yang mungkin diambil nanti. Jalan mudah yang
bermaksud menggunakan cara yang tidak sepatutnya dalam merealisasikan matlamat
kita. Jadi kita harus merancang perjalanan kita untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita juga perlu sentiasa bersedia dengan kemungkinan KEGAGALAN muncul di
pertengahan perjalanan KEJAYAAN. Gagal sekali bukan bermaksud kita tidk akan
gagal lagi. Kegagalan seharusnya dijadikan satu penanda untuk kita membentuk
sesuatu keputusan yang lebih baik dari sebelumnya. Amatlah rugi jika seseorang
itu sekiranya hari ini lebih teruk dari sebelumnya.
“pertahanan terbaik adalah menyerang”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.