Selasa, 12 Jun 2012

12 Jun 2012( tugasan Institusi Kekeluargaan Islam ii)


Rezeki Yang Halal
Yang halal itu sudah jelas dan yang haram itu pun sudah jelas; dan diantara keduanya ada hal-hal yang musytabihat(syubhah, samar-samar, tidak jelas halal haramnya, kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhah, sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan dirinya.”
H.R Muslim
Sehubungan dengan itu, umat Islam perlulah prihatin tentang kepentingan halal dan haram dalam usaha mencari sumber pendapatan kerana ini akan menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi dan paling penting mendapat redha Allah SWT.
Imam Abu Nu’ aim meriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhamad S.A.W bersabda, yang ertinya;
·         Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk menghindarkan dirinya dari mengemis(meminta-minta), untuk mencukupkan keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama.
·         Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk(riak), dia akan menemui Allah di hari kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya.

Jika rezeki halal yang dicari hanya dijadikan tompokan harta semata-mata boleh menyebabkan kemurkaan Allah, maka bayangkan jika harta itu dari sumber yang haram. Oleh itu sentiasalah perbaiki niat kita agar, segala usaha dan titik peluh kita diberkati Allah. Carilah rezeki yang halal dengan niat yang baik.
Kekuatan rohani  dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan menggunakan kekuatan dan kebolehan fizikal untuk melakukan usaha yang bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri amat penting bagi menjana semangat dalam merealisasikan usaha kebaikan. Rasa keyakinan diri harus disertakan dengan rasa kesyukuran dengan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa dan peluang yang ada sebagai satu anugerah yang perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

"yang HALAL akan dihisap, yang HARAM akan diazab"


ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan