Syukur tak terkira aku kepada Allah kerana masih lagi berminat untuk memberi aku peluang untuk terus berada di dunia ini. Aku bersyukur kerana lahir dengan tubuh badan, fizikal yang sihat untuk menghadapi suka duka perjalanan hidup ini. Alhamdulillah, aku kini berusia 23 tahun. semoga ianya akan terus mengepalai perubahan dan penambahbaikkan yang sedang aku usahakan selama ini.

Namun, bagiku
aku telah pun menerima satu hadiah yang tidak ternilai, tidak cukup dizahirkan
dengan kata-kata, sesuatu yang akan dijadikan bekalan hidup di dunia dan
akhirat. Aku telah menerima kasih
dan sayang yang tidak ternilai dengan apa segala unit. Segalanya aku
terima dari Allah, Mak dan Abah, Guru-guru, ahli keluargaku, rakan-rakan, muslimin
dan muslimat serta setiap yang berada di sekelilingku. Hanya pemberian inilah yang menguatkan
aku agarterus berusaha memperbaiki diri ini.

Terima Kasih, ungkapan yang dapat aku berikan,
ungkapkan kepada setiap yang terlibat dalam kisah perjuangan hidupku sepanjang
23 tahun ini. Insya Allah.
“ semalam adalah
sejarah, hari ini adalah pemberiandan esok adalah misteri”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan