Ahad, 17 Jun 2012

16 Jun 2012(luahan)




Masa untuk memasuki dewan peperiksaan kian tiba. Tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi masanya akan tiba. Persediaan akan dan perlu dilakukan segera. Diharap segalanya berjalan dengan lancar.
Semakin aku tiba di penghujungnya semester ini, semakin kuat dan pelbagai cabaran yang muncul. Dengan kegilaan berfutsal yang kian menggila. Ditambah dengan EURO 2012, tugasan yang perlu disiap dan dihantar, presentation dan masalah hubungan sesame manusia. Namun kali ini aku lebih berminat untuk berkongsi mengenai masalah dalam hubungan sesama manusia.
Dalam menjalinkan perhubungan, ia lebih sukar menjalin hubungan sesama manusia berbanding hubungan dengan Allah. Jika kita telah melakukan sesuatu kesalahan dengan Allah, kita hanya perlu bertaubat dan menyesali perbuatan itu dan Insya Allah, ianya akan diampunkan. Namun berbeza dengan manusia. Walaupun kita telah meminta kemaafan dan ianya telah dimaafkan, namun adakah si pemaaf akan benar-benar memaafkan kesalahan kita itu?
Jika jawapannya ya, Alhamdulillah syukur. Namun jika sebaliknya, kita perlu melakukan sesuatu untuk menjernihkan kembali  hubungan itu. Peluang kita untuk menikmata syurga yang dijanjikan Allah akan hilang jika masih ada orang yang terasa hati dengan apa yang kita lakukan. Selain itu, perhubungan yang baik sesama manusia mempunyai banyak manfaatnya kepada kita. selain meminta pertolongan dari Yang Maha Esa, manusia jugalah yang akan membantu kita dalam situasi yang memerlukan bantuan.
Bayangkan jika kita bersifat seperti katak di bawah tempurung, dan satu hari kita keluar melihat dunia, siapalah yang akan menolong kita? berdoa memohon kepada Allah sahaja tidak akan mencukupi dalam kita menempuh perjalanan hidup ini. Pengalaman juga merupakan satu elemen yang akan melicinkan kelancaran kehidupan ini.
Oleh itu, kita haruslah menjaga dan berhati-hati dalam membentuk ikatan perhubungan sesama manusia ini. Kita tidak akan mampu untuk hidup bersendirian di dunia ini. Manusia akan sentiasa menghulurkan tangan apabila mereka memerlukan bantuan yang lain. Dan kita harus juga menyambut tangan yang dihulur itu.
“manusia itu dicipta untuk saling bergantungan antara satu sama yang lain,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan