Jumaat, 27 April 2012

cuti nak habis dah...


27 April 2012
Hari ni genap 1 minggu aku menghabiskan masa cuti pertengahan semester di rumah. Hampir keseluruhan waktu aku berada di rumah sahaja. Cuma di sebelah petang sahaja barulah aku keluar itupun untuk bermain bola sepak. Mungkin disebabkan rakan-rakan yang lain sedang sibuk dengan urusan masing-masing dan hanya aku sahaja yang berada di kampung ketika ini.
Di penghujung cuti ini aku akan sedikit sibuk dengan urusan mencari duit belanja extra. Selain itu, hati ini seperti biasa akan berasa berat hati untuk kembali ke Shah Alam.
Namun, seperti biasa;
“perjuangan masih belum selesai, hidup perlu diteruskan”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Selasa, 24 April 2012

edisi khas iii


23 April 2012 (Edisi Khas iii)
sambungan.
pastry choux
Aku semakin yakin bahawa keputusanku untuk berada dalam bidang dan industri pembuatan dan penyediaan makanan dan minuman ini adalah tepat. Aku juga kini sedang memperkasakan pengetahuanku dalam bidang ini. Hal ini bertujuan agar segala perubahan yang mungkin Berjaya aku lakukan akan mudah diterima pakai dan sekali gus akan mengangkat agama Islam itu sendiri.
Kini, aku hanya merasakan panggilan ‘chef Zamri’ dalam kalangan rakan-rakanku sesuatu yang belum layak diberi kepadaku. Sering juga aku menyatakan kepada mereka, aku belum mampu untuk dipanggil sedemikian. Bagiku gelaran chef itu sendiri mempunyai makna yang besar bagi setiap tukang masak. Diriku ini perlu menguasai bidang yang diceburi ini terlebih dahulu sebelum digelar chef Zamri.
Aku berharap, disaat nama chef Zamri telah aku guna pakai, ketika itu aku bukan sahaja mahir dalam bidang masakan sahaja bahkan aku juga mampu menerangkan apa sahaja yang berkaitan dengan makanan dan minuman. Tidak kiralah dari sudut masakan, khasiat, bahkan aku juga berharap aku mampu untuk berbicara mengenai hukum syara’ bagi permasalahan yang melibatkan bidangku ini.
“ makanlah makanan yang halal dan yang bersih lebih baik”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
TAMAT EDISI KHAS.

edisi khas ii


23 April 2012(Edisi Khas ii)
…sambungan
Kini, jika aku ditanya apakah bidang atau jurusan yang sedang aku pelajari dengan bangga dan tanpa segan silu lagi akanku katakan;
“saya mengambil  kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan, bidang masak-masak.”
Bagiku kini tiada apa yang perlu dimalukan dengan belajar masak-masak ini. Walaupun masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengamalkan pemikiran di takuk yang lama tetapi, itulah penyuntik semangat dalam diri ini. Aku juga sedar betapa pentingnya bidangku ini kepada semua insan di sekelilinngku.
Generasiku yang kini berada dalam bidang yang sama mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengubah pelbagai persepsi negatif masyarakat.  Kamilah generasi yang akan menghalalkan segala yang haram di dalam indutri ini. Aku sedar betapa tanggungjawab ini sungguh besar dan inilah antara penyuntik semangat untuk aku terus berada dalam industri ini.
“kita adalah apa yang kita makan”
menyediakan beef cutlet
Jika bahan yang kita makan itu diperoleh dari sumber yang tidak baik, maka hasilnya akan menjadi tidak baik juga dan begitulah sebaiknya. Seperti sedia maklum, di dalam industri makanan dan minuman serta hotel dan perlancongan ini terlalu banyak perkara yang syubahah. Apabila aku terbaca mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam berada dalam industri ini, hati ini menjadi gerun, takut dan pelbagai persoalan akan timbul. Kadang kala aku juga tertanya-tanya, mampukah aku mengubah perkara ini kepada sesuatu yang mengikut acuan Islam agar kekuatan dan keagungan Islam dapat dilihat di mata dunia.
Bagi merealisasikan segala perubahan itu, bagiku aku memerlukan kekuatan dari pelbagai sudut. Aku memerlukan ilmu dan pengetahuan yang paling penting sekali untuk aku mengubah semua persoalan ini, Insya Allah.
“mencari yang halal itu fardhu kifayyah bagi setiap mukmin”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Bersambung…

edisi khas


22 April 2012(Edisi Khas)
Pernah suatu ketika aku merasakan malu apabila ada yang bertanya mengenai bidang atau jurusan pelajaran yang aku ceburi. Ada ketika aku merasakan terlalu rendah diri apabila orang menyatakan bidng ku ini untuk kaum wanita sahaja. Aku kerap cuba mengelak apabila ditanya soalan yang berkaitan bidang pelajaran. Aku telah mengikuti Kursus Pengurusan Hotel & Katering di peringkat Diploma bermula Julai 2007 dan tamat pada Jun 2010.
Pelbagai reaksi masyarakat sekeliling, sahabat handai apabila aku menerangkan apakah jurusanku ini. Ada yang tertawa, memandang sinis dan ada juga yang menyokong usaha ku ini tetapi bilangannya terlalu kecil.
Namun, segalanya ku abaikan kerana aku beranggapan ketika itu; semua itu hanyalah pandangan dari setiap individu yang mempunyai hak dan kebebasan masing-masing. Aku tetap meneruska perjuangan mendapatkan segulung diploma. Alhamdulillah, aku Berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma dengan jurusan yang dianggap “kerja wanita “ ini.
Aku tidak akan memperdulikan apa ppendangan atau reaksi orang lain kerana bagiku inilah kekangan yang timbul sepnjang usaha perjuangan ini.
“ade ku kesah, ko ade HOTCATS”
Allah Lebih  Mengetahui.
bersambung...

Ahad, 22 April 2012

23 April 2012

perangkap soalan


Pernah di satu hari aku disoal oleh seseorang yang jauh lebih muda dariku;
          "ko sayang emak ko tak? Sayang abah ko tak?"
Aku terdiam seketika. Tiada jawapan yang mampu aku keluarkan. Entah mengapa hanya senyuman sahaja yang mampu aku berikan sebagai jawapan yang menyatakan kasih dan sayangku kepada emak dan abah.
Sungguhku terkejut apabila diajukan soalan sebegini.
Siapalah di dunia ini yang sanggup menafikan kasih dan sayang mereka untuk kedua ibu dan bapa mereka. Mungkin ada yang sanggu, tetapi bagiku jauh sekali atau mungkin tidak sekali akanku buangkan kasih dan ssayangku terhadap kedua insan emak dan abah. Merekalah yang dengan susah payah membesarkan aku ini, dan tidak tergamak untukku menidakkannya.
aku sering terfikir, apakah jasa atau pengorbananu yang telah aku lakukan untuk kedua mereka? Sempatkah aku melakukan sesuatu yang berguna untuk mereka? Jawapannya hanya Allah yang tahu dan aku hanya boleh berdoa agar aku diberikan kesempatan untuk melakukan sesuatu yang berguna untuk mereka.
Tetapi, perjuangan masih belum selesai.

"tiada keredhaan Allah tanpa keredhaan Kedua Ibu dan Bapa"


ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Sabtu, 21 April 2012

EDISI CUTI SEKOLAH


21 April 2012
perjalanan pulang ke Johol.
Cuti semester bermula semalam tetapi baru hari ni aku pulang ke rumah untuk memulakan cuti ini. Perasaan di hati sungguh riang,teruja, tak terkira kerana sudah hampir 2 bulan lamanya aku tidak berkesempatan berbuat demikian akibat kesibukan di sini.
Peluang ini digunakan untuk bersama keluarga,sahabat, saudara mara dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini di kampung. Sehingga kini masih belum ada lagi apa-apa perancangan yang akan dilakukan sepanjang cuti ini. Apa pun, diharap cuti ini akan memberikan sesuatu yang berguna untuk menjadi bekalan dimasa yang akan datang kelak. Tidak kira ianya untuk keduniaan mahupun sebagai bekalan akhirat kelak…
Big Chill…
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Khamis, 19 April 2012

SAHABAT


19 April 2012( edisi istimewa)
S.A.H.A.B.A.T.A.N
Satu perkataan yang mungkin membawa erti atau makna yang berbeza buat setiap individu. Bagiku sahabat member makna yang besar dalam membina kejayaan yang ingin dikecapi. Sahabat muncul apabila dua insan dipertemukan dan saling berkenalan antara satu sama yang lain. Sahabat antara insane yang kerap muncul dalam kehidupan  seharian kita. Sahabat juga kadang kala menjadi tempat untuk berkongsi masalah, pendapat, berkasih sayang dan banyak lagi.
Istimewanya sahabat; kadang kala masa untuk bersama mereka mengatasi masa bersama keluarga tercinta hal ini kerana tugas dan rutin harian kita yang dikelilingi sahabat. Mencari sahabat bukanlah perkara yang susah tetapi mencari sahabat yang baik, sejati adalah satu yang bagiku rumit. Mengapa? Kerana setiap kita mempunyai cita rasa yang unik dan tujuan tertentu untuk menjalinkan persahabatan.
Terdapat petikan “sahabat ketawa mudah di cari, sahabat menangis sukar ditemui”.
Menurut petikan itu kita akan mudah membuat para sahabat untuk ketawa bersama tetapi,adakah antara mereka yang sanggup untuk bersama-sama menghadapi kesusahan yang dihadapi oleh sahabat. Itulah yang menyebabkan sahabat sejati sukar untuk ditemui.
Bagiku, aku amat bertuah kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa mengambil berat dengan keadaan ku. Kini diri ini merasakan semakin bertuah apabila dalam tempoh hampir dua tahun ini aku mengenali mereka yang bagiku insan yang hebat. Hebat berhujah, hebat berfikir, hebat dalam menjaga batas pergaulan. Mereka mungkin akan menjadi turning point untuk aku melakukan perubahan dalam kehidupan.
"semoga bersama beroleh kejayaan dunia dan akhirat bersama"
 Walaupun terdapat perbezaan usia antara kami,tetapi apa yang ada pada usia. Manusia semuanya adalah sama dan yang membezakan setiap mereka adalah amal dan ilmu yang mereka miliki. Aku juga mengharapkan mereka inilah yang akan mengingatkan aku jika sekiranya terdapat kukurangan yang perlu ditambah atau kelebihan yang perlu dikongsi dengan yang lain. Sebenarnya banyak perkara yang ku harapkan dalam membentuk ikatan persahabatan ini, tetapi tidak pelulah dinyatakan disini.
“teman yang banyak ibarat pasir di pantai,tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu”
Allah lebih mengetahui.

Sabtu, 7 April 2012

Hubungan Sesama Manusia


Mengapa hubungan sesama manusia sukar dipertahankan? Pelbagai jawapan yang boleh kita terima. Salah satunya; setiap manusia mempunyai fahaman dan cara mereka tersendiri dalam menjalani perjalanan hidup masing-masing. Ada yang mengikut acuan orang lain yang dijadikan contoh dalam hidup malahan ada yang memilih jalan yang berbeza dari orang lain. Tetapi,Insya Allah matlamatnya tetap sama; mencapai kejayaan dalam setiap yang dilakukan.

-----------------------------------------------------------------

Kini sudah masuk 1 bulan bagiku berada di bumi bertuah Shah Alam ini. Perasaan rindukan kaum keluarga semakin menebal dan akan bertambah setiap hari. Kini hampir setiap perbuatan yang dilakukan akan membawa kenangan dan suasana berada dengan keluarga berada dekat dengan diri ini. Hanya telefon kini menjadi medium untuk mengubat kerinduan buat seketika.





Hanya lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kami memulakan cuti pertengahan semester, dan ianya akan digunakan untuk bersama keluarga disamping menambah atau mencari duit poket.