22 April 2012(Edisi Khas)
Pernah suatu ketika aku merasakan malu apabila ada yang
bertanya mengenai bidang atau jurusan pelajaran yang aku ceburi. Ada ketika aku
merasakan terlalu rendah diri apabila orang menyatakan bidng ku ini untuk kaum
wanita sahaja. Aku kerap cuba mengelak apabila ditanya soalan yang berkaitan
bidang pelajaran. Aku telah mengikuti Kursus Pengurusan Hotel & Katering di
peringkat Diploma bermula Julai 2007 dan tamat pada Jun 2010.
Pelbagai reaksi masyarakat sekeliling, sahabat handai apabila
aku menerangkan apakah jurusanku ini. Ada yang tertawa, memandang sinis dan ada
juga yang menyokong usaha ku ini tetapi bilangannya terlalu kecil.
Namun, segalanya ku abaikan kerana aku beranggapan ketika
itu; semua itu hanyalah pandangan dari setiap individu yang mempunyai hak dan
kebebasan masing-masing. Aku tetap meneruska perjuangan mendapatkan segulung
diploma. Alhamdulillah, aku Berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma
dengan jurusan yang dianggap “kerja
wanita “ ini.
Aku tidak akan memperdulikan apa ppendangan atau reaksi
orang lain kerana bagiku inilah kekangan yang timbul sepnjang usaha perjuangan
ini.
“ade ku kesah, ko ade
HOTCATS”
Allah Lebih Mengetahui.
bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan