27 April 2012
Hari ni genap 1 minggu aku menghabiskan masa cuti
pertengahan semester di rumah. Hampir keseluruhan waktu aku berada di rumah
sahaja. Cuma di sebelah petang sahaja barulah aku keluar itupun untuk bermain
bola sepak. Mungkin disebabkan rakan-rakan yang lain sedang sibuk dengan urusan
masing-masing dan hanya aku sahaja yang berada di kampung ketika ini.
Di penghujung cuti ini aku akan sedikit sibuk dengan urusan
mencari duit belanja extra. Selain itu, hati ini seperti biasa akan berasa
berat hati untuk kembali ke Shah Alam.
Namun, seperti biasa;
“perjuangan masih belum selesai, hidup perlu diteruskan”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan