23 April 2012 (Edisi Khas iii)
…sambungan.
pastry choux |
Aku semakin yakin bahawa keputusanku untuk berada dalam
bidang dan industri pembuatan dan penyediaan makanan dan minuman ini adalah
tepat. Aku juga kini sedang memperkasakan pengetahuanku dalam bidang ini. Hal ini
bertujuan agar segala perubahan yang mungkin Berjaya aku lakukan akan mudah
diterima pakai dan sekali gus akan mengangkat agama Islam itu sendiri.
Kini, aku hanya merasakan panggilan ‘chef Zamri’ dalam
kalangan rakan-rakanku sesuatu yang belum layak diberi kepadaku. Sering juga
aku menyatakan kepada mereka, aku belum mampu untuk dipanggil sedemikian.
Bagiku gelaran chef itu sendiri mempunyai makna yang besar bagi setiap tukang
masak. Diriku ini perlu menguasai bidang yang diceburi ini terlebih dahulu sebelum
digelar chef Zamri.
Aku berharap, disaat nama chef Zamri telah aku guna
pakai, ketika itu aku bukan sahaja mahir dalam bidang masakan sahaja bahkan aku
juga mampu menerangkan apa sahaja yang berkaitan dengan makanan dan minuman.
Tidak kiralah dari sudut masakan, khasiat, bahkan aku juga berharap aku mampu
untuk berbicara mengenai hukum syara’ bagi permasalahan yang melibatkan
bidangku ini.
“ makanlah makanan yang halal dan yang bersih lebih baik”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
TAMAT EDISI KHAS.
boleh msuk master chef ni...
BalasPadamInsya Allah..
Padamdoakan lahyo.tapi xnak master chef kat astro ria tu...
huhuhu...