Khamis, 19 April 2012

SAHABAT


19 April 2012( edisi istimewa)
S.A.H.A.B.A.T.A.N
Satu perkataan yang mungkin membawa erti atau makna yang berbeza buat setiap individu. Bagiku sahabat member makna yang besar dalam membina kejayaan yang ingin dikecapi. Sahabat muncul apabila dua insan dipertemukan dan saling berkenalan antara satu sama yang lain. Sahabat antara insane yang kerap muncul dalam kehidupan  seharian kita. Sahabat juga kadang kala menjadi tempat untuk berkongsi masalah, pendapat, berkasih sayang dan banyak lagi.
Istimewanya sahabat; kadang kala masa untuk bersama mereka mengatasi masa bersama keluarga tercinta hal ini kerana tugas dan rutin harian kita yang dikelilingi sahabat. Mencari sahabat bukanlah perkara yang susah tetapi mencari sahabat yang baik, sejati adalah satu yang bagiku rumit. Mengapa? Kerana setiap kita mempunyai cita rasa yang unik dan tujuan tertentu untuk menjalinkan persahabatan.
Terdapat petikan “sahabat ketawa mudah di cari, sahabat menangis sukar ditemui”.
Menurut petikan itu kita akan mudah membuat para sahabat untuk ketawa bersama tetapi,adakah antara mereka yang sanggup untuk bersama-sama menghadapi kesusahan yang dihadapi oleh sahabat. Itulah yang menyebabkan sahabat sejati sukar untuk ditemui.
Bagiku, aku amat bertuah kerana dikelilingi sahabat yang sentiasa mengambil berat dengan keadaan ku. Kini diri ini merasakan semakin bertuah apabila dalam tempoh hampir dua tahun ini aku mengenali mereka yang bagiku insan yang hebat. Hebat berhujah, hebat berfikir, hebat dalam menjaga batas pergaulan. Mereka mungkin akan menjadi turning point untuk aku melakukan perubahan dalam kehidupan.
"semoga bersama beroleh kejayaan dunia dan akhirat bersama"
 Walaupun terdapat perbezaan usia antara kami,tetapi apa yang ada pada usia. Manusia semuanya adalah sama dan yang membezakan setiap mereka adalah amal dan ilmu yang mereka miliki. Aku juga mengharapkan mereka inilah yang akan mengingatkan aku jika sekiranya terdapat kukurangan yang perlu ditambah atau kelebihan yang perlu dikongsi dengan yang lain. Sebenarnya banyak perkara yang ku harapkan dalam membentuk ikatan persahabatan ini, tetapi tidak pelulah dinyatakan disini.
“teman yang banyak ibarat pasir di pantai,tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu”
Allah lebih mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan