Selasa, 24 April 2012

edisi khas ii


23 April 2012(Edisi Khas ii)
…sambungan
Kini, jika aku ditanya apakah bidang atau jurusan yang sedang aku pelajari dengan bangga dan tanpa segan silu lagi akanku katakan;
“saya mengambil  kursus Pengurusan Perkhidmatan Makanan, bidang masak-masak.”
Bagiku kini tiada apa yang perlu dimalukan dengan belajar masak-masak ini. Walaupun masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengamalkan pemikiran di takuk yang lama tetapi, itulah penyuntik semangat dalam diri ini. Aku juga sedar betapa pentingnya bidangku ini kepada semua insan di sekelilinngku.
Generasiku yang kini berada dalam bidang yang sama mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengubah pelbagai persepsi negatif masyarakat.  Kamilah generasi yang akan menghalalkan segala yang haram di dalam indutri ini. Aku sedar betapa tanggungjawab ini sungguh besar dan inilah antara penyuntik semangat untuk aku terus berada dalam industri ini.
“kita adalah apa yang kita makan”
menyediakan beef cutlet
Jika bahan yang kita makan itu diperoleh dari sumber yang tidak baik, maka hasilnya akan menjadi tidak baik juga dan begitulah sebaiknya. Seperti sedia maklum, di dalam industri makanan dan minuman serta hotel dan perlancongan ini terlalu banyak perkara yang syubahah. Apabila aku terbaca mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam berada dalam industri ini, hati ini menjadi gerun, takut dan pelbagai persoalan akan timbul. Kadang kala aku juga tertanya-tanya, mampukah aku mengubah perkara ini kepada sesuatu yang mengikut acuan Islam agar kekuatan dan keagungan Islam dapat dilihat di mata dunia.
Bagi merealisasikan segala perubahan itu, bagiku aku memerlukan kekuatan dari pelbagai sudut. Aku memerlukan ilmu dan pengetahuan yang paling penting sekali untuk aku mengubah semua persoalan ini, Insya Allah.
“mencari yang halal itu fardhu kifayyah bagi setiap mukmin”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Bersambung…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan