Isnin, 21 Mei 2012

21 Mei 2012(Percubaan Terbaru)


21 Mei 2012(Percubaan Terbaru)
Seperti biasa, setiap Isnin aku berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Aku bersama Saiful dan Ayie. Secara kebetulan aku bertemu Hairul, rakanku sejak dari sekolah menengah dahulu.
Selepas solat Maghrib, aku terus pulang ke Kolej Jati. Yang istimewa hari ini, aku terus ke naik ke bilik Saiful sementara menunggu masuk waktu solat Isya’.
Selesai solat, berlaku sesuatu yang baru dalam hidupku. Aku telah bersetuju menerima pelawaan seorang sahabat mengikutnya menjalankan tugas dakwah. Aku asalnya cuba untuk mengelak, namun memilih untuk bersetuju setelah terlintas ini mungkin satu turning point untukku mengubah keadaan.

********************************************************************************************************

Diberi tugasan mengedarkan risalah berkenaan aurat kepada rakan-rakan siswa dan siswi serta sesiapa sahaja yang bertuah. Aku pada asalnya berasa begitu gementar untuk melakukannya, namun perasaan itu akhirnya dapat kuatasi. Hasilnya aku berjaya mengedarkan 4 keping risalah kepada 4 orang individu yang berbeza. Untuk permulaan ini, cukuplah dikatakan sekadar memuaskan sahaja.
Namun, timbul pula keinginan untuk aku mengikuti program seperti ini dimasa yang akan datang, Insya Allah.
‘sampaikanlah kebenaran itu walaupun kadangkala ianya pahit’,

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Ahad, 20 Mei 2012

Trigger your Heart


20 Mei 2012 (trigger your heart)
Perkongsian kali ini berdasarkan apa yang berlaku sepanjang Ahad, 20 Mei 2012. Bermula dengan solat subuh dan kemudiannya terus bersama Saiful yang pada awalnya kami hanya berbual-bual kosong. Sampailah di satu tahap perkonsian bersama yang berlaku memaksa aku untuk lebih banyak mendengar sahaja. Mungkin kerana kekurangan aku untuk memberi respon dengan topik yang diketengahkan, tetapi secara jujurnya setiap yang diucapkan Saiful membuatkan aku terfikir; mampukah aku menjadi seperti itu?, bila aku akan mampu melakukan perubahan itu?, layakkah aku? Dan banyak lagi. Jadi aku memilih jalan untuk mendengar sahaja dan mungkin memberi respon yang amat sedikit.
Sepanjang tempoh itu, Saiful seolah-olah dan mungkin mengharapkan respon yang lebih baik dariku dan harapan itu sememangnya tidak kesampaian.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Soalan
  • ·         Ko sayang mak dengan abah tak?
  • ·         Apa sebab ko jadi Islam?

Berikut antara persoalan yang diajukan. Soalannya mungkin mudah untuk dijawab tetapi, apabila aku disoal Masya Allah, mengapa lidah ini tidak mampu menyatakan jawapannya?, mengapa mulut ini tidak mengucapkan apa yang terlintas dihati ketika itu?, dan mengapa suara ini tidak keluar untuk menterjemahkan apa yang difikirkan?
Bagiku jawapan bagi soalan ini sememangnya mudah dan hanya perlu diunkapkan sahaja. Tetapi bagiku tujuan soalan sebegini diajukan adalah untuk membuatkan kita berfikir seketika;

  • ·         Adakah kita benar-benar sayangkan kedua ibu dan bapa? Jika ya, apakah yang telah kita lakukan untuk mereka?
  • ·         Adakah kita hanya mewarisi Islam itu sahaja? Jika tidak, mengapa?

Kadangkala, timbul perasaan malu apabila aku berdiam diri dari menjawap soalan sebegini. Ditambah lagi ia sering sahaja disoal oleh mereka yang jauh lebih muda.
Aku sentiasa berharap satu hari kelak aku mempunyai kekuatan untuk menterjemahkan segala jawapan bagi setiap persoalan ini. Aku perlu berusaha untuk mendapatkan kekuatan itu. Dan oleh itu, ilmu pengetahuan perlu diperkasakan bagi membolehkan aku berkonsi dalam setiap aspek persoalan ini. Sesungguhnya persoalan sebegini sentiasa membuatkan aku berfikir mengapa soalan ini diajukan.

"sampaikanlah kebenaran walaupun kadangkala ianya pahit,"
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Khamis, 17 Mei 2012

14 hingga 20 Mei 2012


14 hingga 20 Mei 2012
PERSIAPAN SuKol 2012
Arghhh… minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk semester 3 ini. Persiapan SuKol dilakukan hampir setiap hari. Cuma hari Isnin yang lepas sahaja aku tidak terlibat dengan persiapan ini. Bukan sahaja persiapan untuk kejohanan ini, malahan kesibukan sesi pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa.
Kejohanan SuKol ini merupakan kejohanan sukan antara kolej UiTM. Ia diadakan berselang seli dengan Sukan Antara Fakulti. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar selain dari sebagai satu amalan hidup yang sihat dan juga sebagai satu medium menjalinkan UKHWAH antara satu sama yang lain.
Dalam kejohanan ini, aku telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan pembukaan yang akan diadakan di Stadium UiTM pada 18 Mei ini dan juga hoki yang belangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 19 dan 20 Mei. Latihan kedua-dua acara ini diadakan setiap hari. Hoki disebelah petang dan perbarisan pula di sebelah malamnya.
Disamping kesibukan bersukan ini, tidak lupa juga aku mencarri alternatif mempelajari subjek akaun yang aku rasakan agak lemah melalui Firdaus Lokman. Tetapi mungkin waktu sesi pembelajaran dengan Firdaus tidak sesuai dan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Aku sememangnya memerlukan lagi penerangan beliau dalam bidang ini dan aku akan usahakan untuk mendapatkan masa yang sesuai.
‘setiap permasalahan yang timbul, kupaslah ia perlahan-lahan,’
‘melarikan diri dari masalah bukanlah penyelesaian kepada masalah itu,’
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Sabtu, 12 Mei 2012

12 Mei 2012


12 Mei 2012 (kesibukan vs kebosanan )
Sepanjang hari Sabtu ini tiada aktiviti yang menarik Berjaya aku lakukan. Seawall jam 8.30 pagi tadi telah bermula program 1CitiZEN di FPHP dan tamat kira-kira jam 3.30 petang. Profram ini akan diteruskan esok hari(Ahad). Bagiku ianya satu program yang baik tetapi, mindset telah menetapkan yang Sabtu adalah hari untuk berehat dan santai. Akibatnya, program ini dirasakan sungguh membebankan.


________________________________________________________________________


Pernah suatu ketika, seorang teman meminta aku memberikan nasihat atau teguran kepada sahabat-sahabatku yang wanita mengenai cara pemakaian, pergaulan, perbauatan, kelakuan dan banyak lagi. Sesungguhnya memang menjadi hasrat dihati untuk erbuat demikian, tetapi aku masih belum mempunyai  atau menemui kekuatan dalam diriku untuk berbuat demikian.


Aku sentiasa mempunyai hasrat untuk mengajak rakan-rakanku melakukan kebaikan, tetapi aku sedar setiap kebaikan yang ingin dilakukan akan menuntuk pengorbanan. Setiap pengorbanan yang igin dilakukan memerlukan kekuatan , kesabaran, ketekukan, keberanian untuk melakukannya. Diriku sedar yang aku memerlukan kekuatan yang jitu untuk aku melakukan perubahan. Terlebih dahulu, aku perlu dengan jayanya mengubah diriku sendiri terlebih dahulu.


Aku sendiri masih lagi belum cukup baik untuk untuk berbicara mengenai sesuatu yang berkaitan dengan hokum hakam seharian. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk aku terus berdiam diri. Aku mempunyai tangungjawab tersendiri untuk mengatasi masalah ini. Caranya BELAJAR. Belajar akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemudiannya akan membolehan aku untuk mengajak kearah kebaikan.

“ untuk berjaya di dunia, carilah ILMU PENGETAHUAN, untuk berjaya di akhirat, carilah ILMU PENGETAHUAN dan untuk berjaya kedua-duanya, carilah ILMU PENGETAHUAN,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Rabu, 9 Mei 2012

9 Mei 2012 (untunglah beliau)


9 Mei 2012 ( untunglah beliau..)
Perjalanan hari ini tidak banyak bezanya seperti hari-hari yang lepas. Kelas Ekonomi dan Food Science juga berjaan seperti biasa.
Yang berbeza hari ini, aku telah bermain futsal dan bola keranjang pada petang ini. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sepanjang aku berada di Kolej Jati ini. Hasil dari bermain futsal tadi, aku Berjaya menjaringkan 1 gol dan lututku ‘kopak’ kerana melakukan sliding  bagi menyelamatkan gawang gol. Tetapi aku hanya bermain satu pusingan sahaja dan seterusnya mencuba bermain bola keranjang.

Firdaus Lokman, Mior Ibrahim
& Zamri Manap
Bola keranjang ini merupakan sesuatu yang amat baru dalam hidupku ini. Bagiku, pertama kali bermain aku merasakan ianya sesuatu yang seronok dimainkan. Walaupun kawasan permainan yang kecil, tetapi ianya memerlukankelincahan pergerakan bagi merealisasikan objektif permainan.


Malamnya selepas solat Maghrib, aku dan Meor Ibrahim bersama Firdaus Lokman makan malam bersam di Mock Restaurant  Fakulti Pengurusan Hotel & Perlancongan. Kami bersama menikmati suasana, perkhidmatan dan keenakkan makanan yang ditawarkan.


ckear oxtail soup

seafood brochette
lemongrass chicken with pilaf rice




















LATIHAN PERBARISAN SUKOL DITUNDA ESOK HARI(10 MEI 2012, 10.00 MALAM)

Dalam perjalanan pulang ke bilik, aku telah mendapat khabar gembira. Aku diberitahu bahawa aku tidak perlu membayar apa yang telah aku gunakan pada malam ini tadi. Syukur Alhamdulillah, selamat duit poketku ini. Tapi akibatnya, aku akan terhutang budi dengan beliau pada masa yang akan datang. Dan kemudian tekadku menjelma;
                AKU HARUS MEMBALAS KEMBALI KEBAIKAN BELIAU.
“tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Selasa, 8 Mei 2012

8 Mei 2012 ( suka dan duka )


8 Mei 2012 ( suka dan duka )
Kelas hari ini yang paling aku suka pada semester ini. Kelas memasak. Hari ini masak kek sahaja. Marble cake & chocolate moist cake. Kelas berjalan seperti biasa Cuma yang tak biasanya habis lebih awal dari selalu. Jam baru pukul 11.00 pagi kitchen  dah siap dibersihkan. Peluang balik awal digunakan dengan sebaiknya. Balik aku makan tengahari dengan beberapa orang sahabat dan kemudian terus ke Masjid Tuanku Mizan solat Zuhor.
Kemudian aku ke unit zakat dan mendapatkan sokongan bantuan dan aku Berjaya. Khabaran baik yyang pertama untuk hari ini.


 Aku kemudian terus balik ke bilik dan aktiviti seterusnya; TIDUR. Cuma yang berbezanya tidur didalam surau Kolej Jati.
Petangnya selepas solat Asar, aku bersiap untuk ke latihan hoki. Dan kemudian  berlaku sesuatu yang mengejutkan diriku…
Ketika dalam perjalanan aku telah dilanggar dari belakang oleh sebuah Produa Myvi. Namun berita baiknya, aku tidak mengalami apa-apa kecederaan. Syukur,Alhamdulillah.
Kemudian aku meneruskan latihan hoki dan selesai pada kira-kira jam 7.00 malam. Dan selepas itu, aktiviti malam seperti biasa. Namun sungguh aku bersyukur dengan apa yang terjadi hari ini. Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya tersendiri. Setiap yang berlaku pastinya mempunyai sebabnya tersendiri dan sungguh benar ungkapan itu.



Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
“Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.




7 Mei 2012(hujan lebat)


7 Mei 2012 (hujan lebat)
Aku terjaga dari tidur lebih kurang jam 2.00 pagi tadi. Sebabnya; hampir separuh tilamku basah. Mengapa? Kerana hujan turun dengan lebat dan aku tidak menutup semua tingkap bilik. Namun, selepas menutup semua tingkap di bilik, aku kembali meneruskan tidurku yang terganggu tadi.
Niat di hati aku ingin bersahur dengan sebungkus roti, namun apakan daya aku terjaga tepat jam 6.00 pagi. Langsung terus aku bersiap untuk turun solat subuh di surau.
Kemudiannya, perjalanan hidup berjalan seperti biasa. Pergi kelas, balik, tidur, pergi kelas kembali. Yang berbezanya pada hari ini, buat pertama kali aku berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Ala mini. Itu[un kerana pelawaan seorang sahabat. Terima kasih “adik”. Ini merupakan pengalaman baruku dan juga kali pertama aku berbuka puasa di masjid selain dari masjid di kawasan Johol.
Selesai solat Maghrib, aku pulang ke kolej dan seperti biasa selepas Isya’, aku akan turun ke bilik belajar Blok D. seterusnya, aktiviti berjalan seperti biasa.
Tetapi istimewanya hari ini, aku berjumpa dengan Ustaz Takiyuddin Bin Ibrahim dan aku telah bertanyakan sesuatu yang telah lama menjadi persoalan dalam diriku. Persoalan mengenai wang bantuan zakat. Jawapan dan penjelasan ustaz amat meyakinkan aku dan aku berpuas hati dengan jawapan bdan penjelasan beliau. Terima kasih Ustaz…


“setiap rekod pencapaian dicipta adalah untuk DIATASI bukan dikekalkan”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Ahad, 6 Mei 2012

6 Mei 2012( Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah, Shah Alam)


6 Mei 2012
Hari ini aku sekali lagi meletakkan perasaan malu dalam diri ini jauh dari diriku. Aku menebalkan mukaku ini hanya untuk menyertai The Islamic Journey: Explorace 2.0” anjuran Sahabat Surau Kolej Jati UiTM Shah Alam. Aku berasa terpanggil untuk menyertai program ini apabila memikirkan apa yang bakal diperoleh dari program sebegini. Sudah pastinya aku akan berpeluang untuk meluaskan lagi rangkaian sahabat dalam kalangan mereka yang baik-baik.
Bukanlah niatku mengatakan mereka yang tidak menyertai program ini tidak baik,  tetapi cukuplah sekadar aku katakan yang bukan rezeki mereka menyertai program ini.
Melalui program ini, aku bergerak secara berkumpulan. Program ini juga mengkehendaki pesertanya bekerja secara kumpulan. Jadi segala keputusan yang bakal diambil perlu mendapat persetujuan ahli yang  lain. Kepentingan kerja berkumpulan juga diperlihatkan sepanjang program ini. Pelbagai kelebihan kerja berpasukan yang saya peroleh sepanjang aktiviti ini.
Keputusan akhir program ini memeranjatkan aku kerana kumpulanku telah menggondol tempat kedua dan membawa pulang hamper dan wang RM 50. Namun, itu bukanlah tujuan utama aku menyertai program ini. Aku lebih berminat untuk mendapatkan lebih ramai kenalan berbanding hadiah yang ditawarkan. Bagiku hadiah yang dimenangi itu bagaikan saguhati sahaja. Ukhwah yang terbina sesama insan adalah lebih manis dan boleh membantu kita dalam kehidupan seharian.
Peserta dan Urusetia  The Islamic Journey: Explorace 2.0  bersama Tuan Haji Khatab Bin Muda 




“teman ketawa mudah dicari, teman menangis sukar ditemui,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Jumaat, 4 Mei 2012

5 Mei 2012 ( banyak nyamuk)


5 Mei 2012
Hari ini (4 Mei 2012, Jumaat), aku mendapat perkongsian yang baru. Hampir atau lebih kurang 2 jam duduk di gelanggan bola keranjang blok F sambil ditemani nyamuk, aku dan Saiful duduk berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman masing-masing. Sejujurnya, Saiful lebih banyak bercakap berbanding aku yang hanya mengiyakan sahaja.
Bukan kerana aku tidak mempunyai modal untuk diketengahkan, tetapi perasaan kagum terhadap anak muda ini membuatkan aku hampir sahaja menyatakan kekaguman itu terang-terangan. Namun begitu mungkin beliau akan menafikan apabila aku menyatakannya jadi lebih baik ia disimpan dahulu dan masa akan menentukan bila ia akan diluahkan.
Sepanjang sesi ini, tercetus juga dihatiku perasaan malu dengan anak muda ini. Di usia yang masih lagi muda, beliausudah memiliki pemikiran yang jauh dari usianya dan berani kukatakan ianya lebih jauh mendahuluiku ini. Aku sememangnya bersyukur apabila diizinkan bersahabat bersama beliau.
Hampir jam 12.00 tengah malam, Saiful meminta diri naik ke bilik dan aku terpaksa melepaskan walaupun tidak cukup rasanya perbincangan ini. Tetapi aku harus menghormati ruang yang ada dan jika diizinkan peluang sebegini akan muncul lagi kelak.
“ sampaikanlah kebenaran itu walaupun kadangkala kebenaran itu pahit.”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Rabu, 2 Mei 2012

2 Mei 2012


2 Mei 2012
Hari ini aku dikejutkan dengan pembatalan kelas Ekonomi dan ianya bertambah ‘manis’ apabila pesanan itu masuk setelah aku selesai mandi pagi dan aku juga telah siap untuk ke kelas. Kemudiannya aku menonton sedikit video dan kemudiannya terus memulakan proses menyiapkan tugasan Food Safety.
Ketika di dalam kelas Food Science tadi, aku merasakan diri ini amat nakal dan terlalu riang sekali. Habis semuanya Berjayaku sakat. Tetapi, seperti biasa kelas tamat awal dan aku terus pulang ke Kolej.
Bagiku, hari ini tiada sesuatu yang menarik atau yang pelik berlaku padaku. Segalanya berjalan seperti biasa. Esok menanti dengan penuh misteri dan aku harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba.
“semalam adalah sejarah, hari ini adalah anugerah dan esok adalah penantian,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI