20 Mei 2012 (trigger your heart)

Sepanjang tempoh itu, Saiful seolah-olah dan mungkin
mengharapkan respon yang lebih baik dariku dan harapan itu sememangnya tidak
kesampaian.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Soalan
- · Ko sayang mak dengan abah tak?
- · Apa sebab ko jadi Islam?

Bagiku jawapan bagi soalan ini sememangnya mudah dan hanya
perlu diunkapkan sahaja. Tetapi bagiku tujuan soalan sebegini diajukan adalah
untuk membuatkan kita berfikir seketika;
- · Adakah kita benar-benar sayangkan kedua ibu dan bapa? Jika ya, apakah yang telah kita lakukan untuk mereka?
- · Adakah kita hanya mewarisi Islam itu sahaja? Jika tidak, mengapa?
Kadangkala, timbul perasaan malu apabila aku berdiam diri
dari menjawap soalan sebegini. Ditambah lagi ia sering sahaja disoal oleh
mereka yang jauh lebih muda.
Aku sentiasa berharap satu hari kelak aku mempunyai kekuatan
untuk menterjemahkan segala jawapan bagi setiap persoalan ini. Aku perlu
berusaha untuk mendapatkan kekuatan itu. Dan oleh itu, ilmu pengetahuan perlu
diperkasakan bagi membolehkan aku berkonsi dalam setiap aspek persoalan ini. Sesungguhnya
persoalan sebegini sentiasa membuatkan aku berfikir mengapa soalan ini
diajukan.
"sampaikanlah kebenaran walaupun kadangkala ianya pahit,"
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan