12 Mei 2012 (kesibukan vs kebosanan )
Sepanjang hari Sabtu ini tiada
aktiviti yang menarik Berjaya aku lakukan. Seawall jam 8.30 pagi tadi telah
bermula program 1CitiZEN di FPHP dan
tamat kira-kira jam 3.30 petang. Profram ini akan diteruskan esok hari(Ahad).
Bagiku ianya satu program yang baik tetapi, mindset telah menetapkan
yang Sabtu adalah hari untuk berehat dan santai. Akibatnya, program ini
dirasakan sungguh membebankan.
________________________________________________________________________
Pernah suatu ketika, seorang teman meminta aku memberikan
nasihat atau teguran kepada sahabat-sahabatku yang wanita mengenai cara
pemakaian, pergaulan, perbauatan, kelakuan dan banyak lagi. Sesungguhnya memang
menjadi hasrat dihati untuk erbuat demikian, tetapi aku masih belum
mempunyai atau menemui kekuatan dalam diriku
untuk berbuat demikian.
Aku sentiasa mempunyai hasrat untuk mengajak rakan-rakanku
melakukan kebaikan, tetapi aku sedar setiap kebaikan yang ingin dilakukan akan
menuntuk pengorbanan. Setiap pengorbanan yang igin dilakukan memerlukan
kekuatan , kesabaran, ketekukan, keberanian untuk melakukannya. Diriku sedar
yang aku memerlukan kekuatan yang jitu untuk aku melakukan perubahan. Terlebih dahulu,
aku perlu dengan jayanya mengubah diriku sendiri terlebih dahulu.
Aku sendiri masih lagi belum cukup baik untuk untuk
berbicara mengenai sesuatu yang berkaitan dengan hokum hakam seharian. Namun begitu,
ia bukanlah alasan untuk aku terus berdiam diri. Aku mempunyai tangungjawab
tersendiri untuk mengatasi masalah ini. Caranya BELAJAR. Belajar akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan
kemudiannya akan membolehan aku untuk mengajak kearah kebaikan.
“ untuk berjaya di dunia, carilah ILMU PENGETAHUAN, untuk berjaya di
akhirat, carilah ILMU PENGETAHUAN dan untuk berjaya kedua-duanya, carilah ILMU
PENGETAHUAN,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan