5 Mei 2012

Bukan kerana aku tidak mempunyai modal untuk diketengahkan,
tetapi perasaan kagum terhadap anak muda ini membuatkan aku hampir sahaja menyatakan
kekaguman itu terang-terangan. Namun begitu mungkin beliau akan menafikan
apabila aku menyatakannya jadi lebih baik ia disimpan dahulu dan masa akan
menentukan bila ia akan diluahkan.
Sepanjang sesi ini, tercetus juga dihatiku perasaan malu
dengan anak muda ini. Di usia yang masih lagi muda, beliausudah memiliki
pemikiran yang jauh dari usianya dan berani kukatakan ianya lebih jauh
mendahuluiku ini. Aku sememangnya bersyukur apabila diizinkan bersahabat
bersama beliau.

“ sampaikanlah kebenaran itu walaupun kadangkala kebenaran itu pahit.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan