Ahad, 6 Mei 2012

6 Mei 2012( Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cerakah, Shah Alam)


6 Mei 2012
Hari ini aku sekali lagi meletakkan perasaan malu dalam diri ini jauh dari diriku. Aku menebalkan mukaku ini hanya untuk menyertai The Islamic Journey: Explorace 2.0” anjuran Sahabat Surau Kolej Jati UiTM Shah Alam. Aku berasa terpanggil untuk menyertai program ini apabila memikirkan apa yang bakal diperoleh dari program sebegini. Sudah pastinya aku akan berpeluang untuk meluaskan lagi rangkaian sahabat dalam kalangan mereka yang baik-baik.
Bukanlah niatku mengatakan mereka yang tidak menyertai program ini tidak baik,  tetapi cukuplah sekadar aku katakan yang bukan rezeki mereka menyertai program ini.
Melalui program ini, aku bergerak secara berkumpulan. Program ini juga mengkehendaki pesertanya bekerja secara kumpulan. Jadi segala keputusan yang bakal diambil perlu mendapat persetujuan ahli yang  lain. Kepentingan kerja berkumpulan juga diperlihatkan sepanjang program ini. Pelbagai kelebihan kerja berpasukan yang saya peroleh sepanjang aktiviti ini.
Keputusan akhir program ini memeranjatkan aku kerana kumpulanku telah menggondol tempat kedua dan membawa pulang hamper dan wang RM 50. Namun, itu bukanlah tujuan utama aku menyertai program ini. Aku lebih berminat untuk mendapatkan lebih ramai kenalan berbanding hadiah yang ditawarkan. Bagiku hadiah yang dimenangi itu bagaikan saguhati sahaja. Ukhwah yang terbina sesama insan adalah lebih manis dan boleh membantu kita dalam kehidupan seharian.
Peserta dan Urusetia  The Islamic Journey: Explorace 2.0  bersama Tuan Haji Khatab Bin Muda 




“teman ketawa mudah dicari, teman menangis sukar ditemui,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan