14 hingga 20 Mei 2012
PERSIAPAN SuKol 2012
Arghhh… minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk
semester 3 ini. Persiapan SuKol dilakukan hampir setiap hari. Cuma hari Isnin
yang lepas sahaja aku tidak terlibat dengan persiapan ini. Bukan sahaja persiapan
untuk kejohanan ini, malahan kesibukan sesi pengajaran dan pembelajaran tetap
berjalan seperti biasa.
Kejohanan SuKol ini merupakan kejohanan sukan antara kolej
UiTM. Ia diadakan berselang seli dengan Sukan Antara Fakulti. Ia bertujuan
untuk mencungkil bakat-bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar selain dari
sebagai satu amalan hidup yang sihat dan juga sebagai satu medium menjalinkan
UKHWAH antara satu sama yang lain.
Dalam kejohanan ini, aku telah mengambil bahagian dalam
acara perbarisan pembukaan yang akan diadakan di Stadium UiTM pada 18 Mei ini
dan juga hoki yang belangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 19 dan 20 Mei.
Latihan kedua-dua acara ini diadakan setiap hari. Hoki disebelah petang dan
perbarisan pula di sebelah malamnya.
Disamping kesibukan bersukan ini, tidak lupa juga aku
mencarri alternatif mempelajari subjek akaun yang aku rasakan agak lemah
melalui Firdaus Lokman. Tetapi mungkin waktu sesi pembelajaran dengan Firdaus
tidak sesuai dan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Aku sememangnya
memerlukan lagi penerangan beliau dalam bidang ini dan aku akan usahakan untuk
mendapatkan masa yang sesuai.
‘setiap permasalahan yang timbul, kupaslah ia perlahan-lahan,’
‘melarikan diri dari masalah bukanlah penyelesaian kepada masalah itu,’
ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan