21 Mei 2012(Percubaan Terbaru)
Seperti biasa, setiap Isnin aku berbuka puasa di Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Aku bersama Saiful dan Ayie. Secara
kebetulan aku bertemu Hairul, rakanku sejak dari sekolah menengah dahulu.
Selepas solat Maghrib, aku terus pulang ke Kolej Jati. Yang istimewa
hari ini, aku terus ke naik ke bilik Saiful sementara menunggu masuk waktu
solat Isya’.
Selesai solat, berlaku sesuatu yang baru dalam hidupku. Aku telah
bersetuju menerima pelawaan seorang sahabat mengikutnya menjalankan tugas
dakwah. Aku asalnya cuba untuk mengelak, namun memilih untuk bersetuju setelah
terlintas ini mungkin satu turning point untukku mengubah
keadaan.
********************************************************************************************************
Diberi tugasan mengedarkan risalah berkenaan aurat kepada
rakan-rakan siswa dan siswi serta sesiapa sahaja yang bertuah. Aku pada asalnya
berasa begitu gementar untuk melakukannya, namun perasaan itu akhirnya dapat
kuatasi. Hasilnya aku berjaya mengedarkan 4 keping risalah kepada 4 orang
individu yang berbeza. Untuk permulaan ini, cukuplah dikatakan sekadar
memuaskan sahaja.
Namun, timbul pula keinginan untuk aku mengikuti program
seperti ini dimasa yang akan datang, Insya Allah.
‘sampaikanlah kebenaran itu walaupun kadangkala ianya pahit’,
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan