7 Mei 2012 (hujan lebat)

Niat di hati aku ingin bersahur dengan sebungkus roti, namun
apakan daya aku terjaga tepat jam 6.00 pagi. Langsung terus aku bersiap untuk
turun solat subuh di surau.
Kemudiannya, perjalanan hidup berjalan seperti biasa. Pergi
kelas, balik, tidur, pergi kelas kembali. Yang berbezanya pada hari ini, buat
pertama kali aku berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Ala mini.
Itu[un kerana pelawaan seorang sahabat. Terima kasih “adik”. Ini merupakan pengalaman baruku dan juga kali pertama aku
berbuka puasa di masjid selain dari masjid di kawasan Johol.
Selesai solat Maghrib, aku pulang ke kolej dan seperti biasa
selepas Isya’, aku akan turun ke bilik belajar Blok D. seterusnya, aktiviti
berjalan seperti biasa.

“setiap rekod pencapaian dicipta adalah untuk DIATASI bukan dikekalkan”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan