Ahad, 2 Disember 2012

aku merepek lagi dah...


3 December 2012(persoalan)
Akhir-akhir ini aku seolah mendapat cabaran dalam menterjemahkan kearifan buah fikiran. Aku menghadapi cabaran untuk menyatakan keputusan yang akan membawa perasaan yang berbeza kepada individu yang terlibat. Setiap keputusan yang dipilih pasti akan membawa kegembiraan dan kesedihan kepada sesiapa yang terlibat. Perkara ini sungguh menakutkan aku.
Sudah pasti aku berusaha untuk memuaskan setiap dari mereka namun, aku juga sedar yang aku tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Berada di dalam situasi sebegini sungguh memerlukan aku berada dalam keadaan berfikir secara rasional secara total. Aku perlu untuk menjangkakan setiap perkara yang mungkin berlaku seterusnya. Segala baik dan buruk keputusan itu perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa tidak puas hati ini.
Namun selain dari dibelenggu dilema meemilih keputusan ini, aku juga semakin merindui suasana riuh di rumah. Sudah agak lama aku tidak pulang ke kampung dan kali terakhir adalah kira-kira 6 minggu yang lepas. Sejak dari itu, hanya telefon menjadi alat perhubungan kami sekeluarga. Entah mengapa, semakin aku menghabiskan catatan hidup Ustaz Hasrizal Abdul Jalil, Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu, semakin aku rasakan perasaan cinta terhadap emak,abah dan mereka yang lain. Rindu untuk bersama sahabat juga semakin menebal.
Aku hanya mampu merancang untuk mengambil sedikit masa untuk pulang ke kampung seketika minggu akan datang(14/12). Namun itu hanya perancangan dibuatku dan aku perlu redha dengan perancangan yang diatur Allah S.W.T. sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang dan Dia juga mengetahui apa-apa yang terbaik buat hambanya. Jika berkesempatan dan diizinkanNya, aku akan pulang ke kampung mengikut perancangan tersebut.
“ dan sedikit sahaja dari kalangan hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’ 34:13)
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Jumaat, 23 November 2012

berhabuk sudah...


23  November 2012(lamanya…)
Sudah lama rasanya aku tidak menulis catatan, rentetan perjalanan hidupku ini. Kali terakhir adalah pada 24 Oktober yang lalu. Terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang tempoh tersebut. Seperti biasa asam garam kehidupan, setiap yang suka ada dukanya, yang gembira membawa sedihnya, yang susah bersama senangnya. Namun, walau apapun yang mendatang, itulah normal kehidupan. Kita harus tabah menghadapinya. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi dari kemampuan mereka, Insya Allah.
Aku mulakan dengan berita mengejutkan ketika sambutan Aidiladha yang lalu. Berita mengenai nenek telah dipanggil menghadap Illahi. Kebiasaannya, berita sebegini mengundang kesedihan namun entah dimana silapnya, aku sedikit pun tidak terbit perasaan sedih dihati ini. Aku gembira dengan pemergian dan perpisahan ini. Gembira aku kerana, nenek tidak perlu menanggung ujian sakit yang lama. Namun, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan aku redha dengan ketentuanNya ini.
Kemudian, seperti biasa aku sentiasa ingin menambah kenalan disekelilingku ini. Dan peluang itu menjelma apabila aku kembali menyertai Yayasan Johawaki. Hampir 6 tahun lamanya aku meninggalkan pertubuhan ini. Dan kini aku kembali semula apabila mengenangkan setiap jasa-jasa mereka kepadaku yang aku sendiri tidak pasti samada aku mampu untuk membalasnya atau tidak.
Dan yang paling besar kejadian yang perlaku sepanjang tempoh ini adalah apabila 2 minggu yang akhir ini aku terlibat  dalam banyak program yang menjadikan aku salah seorang dari urusetia perlaksana. Semalam, baru sahaja aku terlibat dalam Pameran Rekacipta Inovasi Makanan, yang juga sebenarnya merupakan salah satu mata pelajaranku semester ini. Aku, Wawa dan Mun (bukan nama sebenar) telah bekerjasama menyiapkan dan merealisasikan pembutan Haw Rice Pudding. Inilah produk yang kami pamerkan sepannjang pameran ini berlangsung. Terdapat lagi berbagai jenis produk yang dipamerkan(jumlah 17 produk). Pameran yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini sungguh memenatkan dan mencabar kesabaran setiap peserta. Namun Allhamdulillah, semuanya telah selamatberlalu.
Belum pun reda keletihan menguruskan dan menyertai pameran itu, aku terlibat juga sebagai urusetia dalam satu program anjuran Sahabat Surau Kolej Jati di Masjid Tuanku Mizan UiTM Shah Alam. Program yang bertajuk “Syria is Calling”. Satu program yang berjaya menyentuh hatiku, mensyukuri nikmat keamanan dan kebebasan di bumi Malaysia ini. Kami ditonjolkan,dipaparkan dengan secebis apa yang berlaku di bumi Syria. Dapat aku saksikan,betapa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan sendiri. Mereka sanggup berbunuhan, merampas hak orang lain bagi memuaskan kemahuan diri. Allahu Akbar, tanpa aku minta air mata ini mengalir kesedihan mengenangkan derita perjuangan rakyat Syria di bumi sendiiri demi mencapai keamanan yang diidamkan.
Minngu ini menjadi minggu yang amat memenatkan badanku. Namun, aku tdak perlu untuk merasakan kekesalan dari apa yang telah aku lakukan. Sememangnya badan ini sungguh penat apabila terlibat dalam pelbagai acara. Namun, habuannya adalah cita-cita untuk mengembangkan empayar jaringn sosialku semakin meluas.
Yang paling aku sukakan ketika ini, hubungan antara aku dan sahabat yang lain semkin kukuh. Hubungan antara aku dan mereka akan aku pasak dengan lebih kukuh demi kepentingan bersama. Aku merasakan sesuatu kerugian jika aku tidak berjaya untuk mengekalkan perhubungan ini. Mereka inilah yang telah membawa aku keluar dari kesunyian, kebodohan dan kekurangan yang selama ini aku lalui berseorangan. Dengan kehadiran mereka inilah  aku seolah mendapat kekuatan dan suntikan untuk menghadapi setiap yang mendatang dengan bersikap lebih positif dan terbuka.
“jangan diucap SELAMAT TINGGAL,sebaliknnya ucaplah HINGGA BERTEMU LAGI,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Selasa, 23 Oktober 2012

pembinaan hubungan PERSAHABATAN

 Pastry Decorating Competition 
21 Oktober 2012
Anjuran JPK Kolej Melati




















Fahim, Nazrin & Zamri
kek ni diberi nama "FAZARIN"
                                                                                                                             
gambar akan menjadi salah satu kenangan yang akan aku ingati.
"DON'T YOU EVER GIVE UP BEFORE FIGHT FOR IT,"

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Ahad, 7 Oktober 2012

ayah,abah,papa,abi,.....

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

·         Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

·         Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.

·         Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

·         Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

·         Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

·         Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

·         Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

·         Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

·         Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

·         Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk.. Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


ALLAH LEBIH MENGETAHUI...

Sabtu, 6 Oktober 2012

PEMBAHARUAN


7 October 2012 ( pembaharuan)
Semakin hari aku merasakan semakin banyak perkara-perkara yang aku lakukan melanggar batas normalku yang sekian lama aku amalkan. Aku kini mula menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan, mula untuk menegur sesiapa sahaja walaupun pertama kali berjumpa, ssemakin benyak menghadiri kuliah-kuliah agama dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengizinkan untuk pintu hatiku terus terbuka menerima segala yang baik mengikut ajaran agama sendiri.
Kadangkala aku sendiri tertanya-tanya, mengapa perkara sebegini hadir ketika usiaku mula memasuki pertengahan 20-an. Dan akhirnya, jawapan itu aku temuinya di bumi Shah Alam ini.
Aku kini sedar yang aku tidak boleh lagi mengamalkan hidup bersendirian kerana fitrah semulajadi manusia yang sememangnya saling memerlukan antara satu sama yang lain. Aku yang sebelum ini hanya mementingkan diri sahaja dalam setiap keputusan dan kini aku berusaha untuk mencapai sesuatu keputusan berdasarkan kepentingan bersama.
Kini aku juga sedar bahawa sahabat yang selama ini bersama menemani aku merupakan antara individu yang penting dalam hidup ini. Merkalah yang akan mengingatkan aku tentang perkara-perkara yang perlu dan tidak harus aku lakukan. Kini, aku berusaha dari masa ke semasa untuk menjalin hubungan persahabatan dengan seramai mungkin orang-orang disekelilingku ini. Tidak kira umur dan pangkat Insya Allah, akanku usahakan untuk mengenali merka ini.


“JADIKANLAH PERRTEMUAN DAN PERPISAHAN INI SESUATU YANG ENGKAU REDHAI,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Isnin, 24 September 2012

P.E.R.C.U.B.A.A.N






24 September 2012( percubaan)
Jika pada semester yang lalu, aku telah menetapkan matlamat untuk menambah kenalan seramai yang boleh, dan semester ini muncul pula matlamat yang baru. Di samping ingin terus menambah senarai kenalan, rakan-rakan, sahabat dan sebagainya,  aku juga menetapkan yang aku akan mencuba untuk menceburi aktiviti persatuan dalaman UiTM. Tidak kiralah apapun, aku ingin sekali terlibat sama bagaimana menjayakan sesuatu majlis atau program pada semester ini.
Sebagai permulaan, aku mula menyertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS). Pada awalnya ianya sebagai satu aktiviti yang bersifat suka-suka, namun kini aku cuba untuk member komitmen dalam pertubuhan ini. Kelebihan yang ditawarkan terlalu banyak sehinggakan aku tidak mampu untuk menafikannya.
Seterusnya, satu program yang harus aku jayakan bersama rakan sekelas yang lain mengenai pemeran makanan yang berkaitan dengan subjek yang ada pada semester ini. Kami dikehendaki mencipta satu produk berasakan beras dan hendaklah dipamerkan kepada umum pada tarikh yang masih belum ditetapkan. Ianya menjadi satu kewajipan kerana merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan pada semester ini.
Dan yang terakhir, aku juga menyibukkan diri ini dalam satu program dibawah anjuran Sahabat Surau Kolej Jati yang berkaitan dengan aktiviti riadah. Program ini masih lagi dalam proses perbincangan dan hanya akan diumumkan apabila satu persetujuan dapat dicapai kelak.
Mengapa perlu aku untuk menyibukkan serta memenatkan diri dengan program-program sebegini? Mungkin lebih baik aku menjadi pemerhati sahaja. Atau mungkin aku hanya perlu duduk di bilik? Jawapannya mudah; “ilmu yang dituntut bukan sahaja tertumpu di dalam kelas semata-mata, tetapi ilmu itu ada dimana sahaja, kita hayan perlu menggunakan serta merebut segala peluang yang terhidang.”
Aku masih lagi memerlukan aktiviti sebegini yang sedikit sebanyak akan memberikan koleksi pengalaman yang akan berguna kelak. Melaluinya juga aku akan memperbaiki  Soft Skill diri ini. Pengalaman dalam menjayakan program-program ini juga akan melatih diri ini untuk membuat perancangan dengan lebih berkesan.
Bagiku, setiap apa yang berlaku pasti mempunyai kebaikannya secara nyata mahupun sebaliknya. Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mengambil setiap kebaikan atau mengasingkan keburukan yang ada.  Amatlah rugi jika kit tidak dapat mengambil atau merebut “sesuatu” dalam sesebuah program yang ada.
“SAMPAIKANLAH OLEHMU WALAU SEPOTONG AYAT,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Isnin, 17 September 2012

p.e.r.s.o.a.l.a.n.n.y.a


20 Ogos 2012( persoalan)

 ”jangan bagi anak makan kerak nasi, nanti anak jadi gagap,”
“jangan potong kuku di malam hari takut nanti dikejar harimau,”

Berikut adalah contoh larangan-larangan orang lama kepada sesiapa sahaja yang berkenaan. Walaupun kelihatan agak ragu-ragu, namun sudah tentu ianya mempunyai alas an tersendiri mengapa ianya dicipta. Jika difikir secara logik akal, bagaimana seekor harimau akan mengejar kita jika memotong kuku dimalam hari jika kita berada di luar habitat haiwan itu. Kadangkala, larangan atau tegahan ini kelihatan lebih banyak yang bersifat di luar logik seseorang manusia, namun persoalannya mengapa ianya masih lagi diperkatakan sehingga sekarang?
Malahan, ada mereka yang seolah-olah terlalu percaya akan ungkapan tersebut. Tetapi, ianya tidaklah dianggap serius dalam perjalanan hidup ini jika bijak memilih yang baik atau yang buruk. Mengapa larangan atau tegahan ini diungkap dalam kata-kata yang sebegini? Apakah rasionalnya mereka generasi terdahulu mewariskannya kepada kita semua?
Bagi pandanganku, ianya hanyalah sekadar larangan dalam bentuk kiasan untuk sesiapa yang berkenaan. Sebagai contoh, mengapa dilarang untuk memotong kuku di malam hari? Hal ini kerana, di waktu dahulu masih belum terdapat lagi lampu-lampu yang mampu menerangi rumah seperti sekarang. Dengan berbekalkan cahaya pelita atau lilin, peluang untuk kita cedera amatlah tinggi. Bagi mengelakkan ianya berlaku, nenek moyang kita telah menyatakan larangan dengan disertakan dengan sesuatu yang mampu menimbulkan perasaan gerun pada penerimanya.
Namun begitu, sesuatu yang amatlah aku tidak bersetuju berkenaan dengan larangan berkias ini adalah terdapat mereka yang meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya. Hal ini banyak terjadi sehingga ke hari ini. Dengan kemudahan pendidikan yang sedia ada, mengapakah masih wujud mereka yang mengamalkan pemikiran yang tertutup seperti ini? Adakah mereka ini tergolong dalam kalangan mereka yang takut untuk meelakukan perubahan akibat terlau selesa dengan keadaan yang sedia ada?
Permasalahan ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat. Kita sendiri yang telah sekian lama dimomokkan dengan pelbagai cerita yang dijaja dari dahulu lagi. Bagiku pula, mengapa masalah ini turut aku hadapi kerana sikapku sendiri. Sikap yang tidak mahu untuk mencari kebenaran dari sumber yang diperakui.  Namun begitu, aku bukanlah jenis yang cepat meletakkan kepercayaan pada sesuatu yang baru.
Walaupun begitu, kita tidak perlu menyalahkan individu lain diatas kelemahan ini sebaliknya diri sendiri yang harus memulakan perubahan membetulkan keadaan. Mengapa perlu menyalahkan orang lain sedangkan diri sendir turut sama melakukan kesalahan itu.  Setiap perubahan yang ingin dilakukan itu perlulah dilakukan pada diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita mengajak orang lain bersama berubah. Dan ingatlah, setiap perubahan menuntut pengorbanan untuk berjaya.
ALLAH LEBIH MENGETAHU

Sabtu, 14 Julai 2012

13 Julai 2012( Hapuslah Air Matamu )



“ stop writing, time up.”
Mendengar sahaja kata-kata keramat itu, sedikit kelegaan terbit dari hati ini. Akhirnya, perjalanan aku di semester 3 ini ditamatkan. Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kupanjatkan Ya Allah. Aku mengambil sedikit masa sebelum keluar dari dewan peperiksaan. Satu persatu kenangan suka duka, pahit manis muncul satu persatu. Hati mula menerbitkan kesayuan apabila terkenang semuanya. Langkah diaturuntuk keluar dari dewan peperiksaan dan menuju ke Masjid Mizan untuk solat Asar.
Selesai sahaja solat, aku terus pulang ke kolej Jati. Sampai di bilik, kosong. Tiada rakan sebilik yang lain.  Air mata hampir sahaja menitis lagi apabila kerinduan datang menjelma. Namun kutahan sedaya mungkin. Walau apapun yang aku lakukan, perpisahan merupakan fitrah alam yang pasti samada secara kekal atau bersifat sementara. Tiada yang mampu mengelak darinya.

Selsesai solat Maghrib, aku keluar ke Bandar kononnya mencari ketenangan seketika. Namun, yang pasti ketenangan yang dicari sekadar harapan sahaja. Aku berjaya menipu hati dan perasaan ini buat seketika yang akau sedang berada dalam kesedihan, kerinduan, keseorangan, kesunyian dan ______________.
Balik sahaja ke bilik, perasaan rindu akan suasana ketika bersama sahabat menjelma. Seketika aku menyalahkan mengapa perlu cuti ini. Tetapi disaat rasional mula kembali dalam diri, mengapa perlu aku menyalahkan keadaan. Perpisahan ini bukanlah satu yang kekal. Aku masih lagi boleh berhubung dengan sahabat-sahabat yang lain dan Insya Allah, semester hadapan menanti dengan cabaran dan kisah yang baru. Di saat itu, sahabat yang terpisah akan muncul kembalijika di izinkanNya.
Untuk itu, aku harus tabah, kuat dan gagah menjalani perjalanan hidup ini. Semua yang berlaku pasti akan membawa pengalaman dan pengajaran baru dalam mematangkan diri ini. Aku juga mempersiapkan diri ini untuk menjalani ibadah puasa yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa permulaan dalam perubahan yang sedang aku usahakan selama ini.
“ friends are not perfect.
They are human but,
 they never have bad intentions toward us,
 there is not a day our hearts did not find them.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Khamis, 28 Jun 2012

28 Jun 2012(PERJUANGAN)


Bermulalah kisah perjuangan menjawab soalan yang diuji melalui peperiksaan akhir semester ini. Sesi pertama tadi dimulakan dengan subjek Food Science. Soalan yang diajukan amat mencabar minda yang kurang melakukan persediaan, namun tidak bagi mereka yang telah bersedia.
Secara jujurnya, aku telah menggolongkan diri ini dalam kalangan mereka yang kurang melakukan persediaan menghadapi ujian tadi. Akibatnya, beberapa soalan gagal dijawab mengikut kehendak soalan. Adapun soalan dijawab, tetapi apabila merujuk kepada buku teks, jawapanku jauh menyimpang. Inilah akibatnya jika persediaan dilakukan dalam saat-saat akhir. Namun, syukur kerana dalam Sembilan soalan yang diuji masih ada soalan yang aku jawab dengan penuh keyakinan. Hal ini kerana, aku telah menekankan bacaan di tajuk-tajuk tertentu.

Tepat jam 5.15 petang tadi, kami diarahkan supaya berhenti menjawab. Ketika itu secebis kelegaan muncul. Namun sampai sahaja di bilik, terlihat buku ekonomi diatas katil, dengan segera kepala memikirkan tentangnya pula. Namun kegelisahan itu seketika sahaja. Aku terus bersiap menukar pakaian sukan dan turun bermain bola tampar sebelum bertolak ke Masjid Negeri Selangor untuk berbuka puasa.
Alhamdulillah, aku berjaya menunaikan ibadah puasa sunat hari Khamis. Selepas solat maghrib, aktiviti membaca Yassin dilakukan seperti kebiasaan. Dan seterusnya, aktiviti dipenuhkan dengan acara berehat menanti esok hari yang baru. Esok aku akan memulakan proses mengulangkaji subjek Economy pula.
Harapnya keadaan seperti tadi tidak berulang lagi.
“BEAT YOUR PROBLEM TODAY AND KEEP MOVING FORWARD”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Ahad, 17 Jun 2012

16 Jun 2012(luahan)




Masa untuk memasuki dewan peperiksaan kian tiba. Tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi masanya akan tiba. Persediaan akan dan perlu dilakukan segera. Diharap segalanya berjalan dengan lancar.
Semakin aku tiba di penghujungnya semester ini, semakin kuat dan pelbagai cabaran yang muncul. Dengan kegilaan berfutsal yang kian menggila. Ditambah dengan EURO 2012, tugasan yang perlu disiap dan dihantar, presentation dan masalah hubungan sesame manusia. Namun kali ini aku lebih berminat untuk berkongsi mengenai masalah dalam hubungan sesama manusia.
Dalam menjalinkan perhubungan, ia lebih sukar menjalin hubungan sesama manusia berbanding hubungan dengan Allah. Jika kita telah melakukan sesuatu kesalahan dengan Allah, kita hanya perlu bertaubat dan menyesali perbuatan itu dan Insya Allah, ianya akan diampunkan. Namun berbeza dengan manusia. Walaupun kita telah meminta kemaafan dan ianya telah dimaafkan, namun adakah si pemaaf akan benar-benar memaafkan kesalahan kita itu?
Jika jawapannya ya, Alhamdulillah syukur. Namun jika sebaliknya, kita perlu melakukan sesuatu untuk menjernihkan kembali  hubungan itu. Peluang kita untuk menikmata syurga yang dijanjikan Allah akan hilang jika masih ada orang yang terasa hati dengan apa yang kita lakukan. Selain itu, perhubungan yang baik sesama manusia mempunyai banyak manfaatnya kepada kita. selain meminta pertolongan dari Yang Maha Esa, manusia jugalah yang akan membantu kita dalam situasi yang memerlukan bantuan.
Bayangkan jika kita bersifat seperti katak di bawah tempurung, dan satu hari kita keluar melihat dunia, siapalah yang akan menolong kita? berdoa memohon kepada Allah sahaja tidak akan mencukupi dalam kita menempuh perjalanan hidup ini. Pengalaman juga merupakan satu elemen yang akan melicinkan kelancaran kehidupan ini.
Oleh itu, kita haruslah menjaga dan berhati-hati dalam membentuk ikatan perhubungan sesama manusia ini. Kita tidak akan mampu untuk hidup bersendirian di dunia ini. Manusia akan sentiasa menghulurkan tangan apabila mereka memerlukan bantuan yang lain. Dan kita harus juga menyambut tangan yang dihulur itu.
“manusia itu dicipta untuk saling bergantungan antara satu sama yang lain,”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Selasa, 12 Jun 2012

12 Jun 2012( tugasan Institusi Kekeluargaan Islam ii)


Rezeki Yang Halal
Yang halal itu sudah jelas dan yang haram itu pun sudah jelas; dan diantara keduanya ada hal-hal yang musytabihat(syubhah, samar-samar, tidak jelas halal haramnya, kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhah, sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan dirinya.”
H.R Muslim
Sehubungan dengan itu, umat Islam perlulah prihatin tentang kepentingan halal dan haram dalam usaha mencari sumber pendapatan kerana ini akan menjamin keberkatan rezeki yang diperolehi dan paling penting mendapat redha Allah SWT.
Imam Abu Nu’ aim meriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhamad S.A.W bersabda, yang ertinya;
·         Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk menghindarkan dirinya dari mengemis(meminta-minta), untuk mencukupkan keperluan keluarganya dan untuk berbuat baik terhadap jirannya, Allah akan membangkitkannya di hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama.
·         Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk(riak), dia akan menemui Allah di hari kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya.

Jika rezeki halal yang dicari hanya dijadikan tompokan harta semata-mata boleh menyebabkan kemurkaan Allah, maka bayangkan jika harta itu dari sumber yang haram. Oleh itu sentiasalah perbaiki niat kita agar, segala usaha dan titik peluh kita diberkati Allah. Carilah rezeki yang halal dengan niat yang baik.
Kekuatan rohani  dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan menggunakan kekuatan dan kebolehan fizikal untuk melakukan usaha yang bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri amat penting bagi menjana semangat dalam merealisasikan usaha kebaikan. Rasa keyakinan diri harus disertakan dengan rasa kesyukuran dengan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa dan peluang yang ada sebagai satu anugerah yang perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

"yang HALAL akan dihisap, yang HARAM akan diazab"


ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Jumaat, 8 Jun 2012

8 Jun 2012 (23 tahun)


 Syukur tak terkira aku kepada Allah kerana masih lagi berminat untuk memberi aku peluang untuk terus berada di dunia ini. Aku bersyukur kerana lahir dengan tubuh badan, fizikal yang sihat untuk menghadapi suka duka perjalanan hidup ini. Alhamdulillah, aku kini berusia 23 tahun. semoga ianya akan terus mengepalai perubahan dan penambahbaikkan yang sedang aku usahakan selama ini.
Tiada apa pun pemberian yang aku harapkan dari orang disekelilingku melainkan PERINGATAN dari setiap mereka. PERINGATAN untuk aku melakukan kebaikan dan PERINGATAN agar aku menjauhkan diri dengan perkara yang sia-sia. Bermula dari jam 12 tengahmalam tadi aku telah menerima ucapan selamat dari rakan-rakanku sekalian. Jutaan terima kasih kepada kalian.
Namun, bagiku aku telah pun menerima satu hadiah yang tidak ternilai, tidak cukup dizahirkan dengan kata-kata, sesuatu yang akan dijadikan bekalan hidup di dunia dan akhirat. Aku telah menerima  kasih dan sayang yang tidak ternilai dengan apa segala unit. Segalanya aku terima dari Allah, Mak dan Abah, Guru-guru, ahli keluargaku, rakan-rakan, muslimin dan muslimat serta setiap yang berada di sekelilingku. Hanya pemberian inilah yang menguatkan aku agarterus berusaha memperbaiki diri ini.
Jasa dan pengorbanan Mak dan Abah sememangnya sesuatu yang aku terima sebagai hadiah yang paling berharga. Tanpa mereka, siapalah aku. Tanpa mereka apalah erti 8 Jun ini. Tetapi, cukupkah apa yang telah aku lakukan selama ini untuk membuktikan penghargaan aku? Semestinya masih belum mencukupi dan tidak akan pernah cukup jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka berikan. Oleh itu, menjadi kewajipan aku untuk menjadi insane yang lebih baik dari sekarang untuk memberikan apa yang terbaik kepada  Norhayati Binti Mohad dan Abd Manap Bin Samad. Mungkin dengan cara inilah aku dapat menghiburkan hati mereka dan sebagai penghargaan diatas apa yang telah mereka berikan selama ini.
Terima Kasih, ungkapan yang dapat aku berikan, ungkapkan kepada setiap yang terlibat dalam kisah perjuangan hidupku sepanjang 23 tahun ini. Insya Allah.

“ semalam adalah sejarah, hari ini adalah pemberiandan esok adalah misteri”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Rabu, 6 Jun 2012

5 Jun 2012 ( soalan baru)


SSS                : Aku ada soalan nak tanya 
                           engkau ni.
MZAM           : Ok, apa dia? Tapi slow lah 
                          sikit jalan ni, nanti  
                         takut tak sempat aku habis
                         jawap kita dah sampai
SSS                :Tak pe, ko mungkin tak perlu 
                          jawap sekarang
                          ni pun.
MZAM            : Ok, apa dia?
SSS                :Kenapa ko ikut agama Islam?
  Apa yang meyakinkan ko Islam tu agama yang patut ko ikut?Kenapa       bukan Budha atau yang lain?

MZAM            :­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­___________________________________________________.
(dialog berlaku lebih kurang jam 11.30 malam)


Itulah antara kandungan perbualan pendek yang mencetuskan persoalan dalam diriku semalam. Jawapannya mungkin mudah sahaja dijawap secara spontan. Tetapi itu bukanlah kehendak atau tujuan utama ia diajukan.

Soalan ini antara lain bertujuan untuk menyediakan satu pencetus untuk otak kita mula berfikir. Berfikir untuk menyediakan jawapan yang benar-benar tepat, berfikir apakah tujuan sebenar soalan ini. Memang benar kita boleh menjawap soalan pertama dengan jawapan: “dah mak bapak aku Islam, tentulah aku ikut Islam.”
Jawapan sebegini sememangnya tidak menepati kehendak soalan. Mungkin juga pemberi jawapan ini menjawap hanya untuk menyelamatkan diri sahaja tanpa menggunakan kebijaksanaan akal fikiran.

Soalan ini juga boleh menjadi peringatan kepada diri kita sendiri dan orang yang lain tentang tanggungjawap kita sebagai khalifah di Bumi Allah ini. Melealui soalan-soalan sebegini, mungkin juga boleh menjadi satu turning point ke arah yang lebih baik.

Aku sedar betapa diri ini masih belum lagi diperkasakan dengan persedian untuk menghadapi situasi sebegini. Seharusnya aku mengatasi masalah ini bagi menghadapi cabaran perjalan yang akan datang. Sememangnya aku berharap akan tiba hari yang mana aku mampu untuk berbicara mengenai bidang yang diceburi dan ditambah dengan kehebatan Islam itu sendiri. Namun begitu, harapan ini harus disertakan dengan usaha yang istiqamah bagi merealisasikannya. Oleh itu,berusahalah ke arah mencapai cita-cita ini bagi melahirkan generasi baru Islam yang unggul.

Setiap kejayaan akan dimulakan dengan kegagalan.
Kebangkitan selepas kegagalan membawa kemanisan dalam kejayaan.
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Isnin, 21 Mei 2012

21 Mei 2012(Percubaan Terbaru)


21 Mei 2012(Percubaan Terbaru)
Seperti biasa, setiap Isnin aku berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Aku bersama Saiful dan Ayie. Secara kebetulan aku bertemu Hairul, rakanku sejak dari sekolah menengah dahulu.
Selepas solat Maghrib, aku terus pulang ke Kolej Jati. Yang istimewa hari ini, aku terus ke naik ke bilik Saiful sementara menunggu masuk waktu solat Isya’.
Selesai solat, berlaku sesuatu yang baru dalam hidupku. Aku telah bersetuju menerima pelawaan seorang sahabat mengikutnya menjalankan tugas dakwah. Aku asalnya cuba untuk mengelak, namun memilih untuk bersetuju setelah terlintas ini mungkin satu turning point untukku mengubah keadaan.

********************************************************************************************************

Diberi tugasan mengedarkan risalah berkenaan aurat kepada rakan-rakan siswa dan siswi serta sesiapa sahaja yang bertuah. Aku pada asalnya berasa begitu gementar untuk melakukannya, namun perasaan itu akhirnya dapat kuatasi. Hasilnya aku berjaya mengedarkan 4 keping risalah kepada 4 orang individu yang berbeza. Untuk permulaan ini, cukuplah dikatakan sekadar memuaskan sahaja.
Namun, timbul pula keinginan untuk aku mengikuti program seperti ini dimasa yang akan datang, Insya Allah.
‘sampaikanlah kebenaran itu walaupun kadangkala ianya pahit’,

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Ahad, 20 Mei 2012

Trigger your Heart


20 Mei 2012 (trigger your heart)
Perkongsian kali ini berdasarkan apa yang berlaku sepanjang Ahad, 20 Mei 2012. Bermula dengan solat subuh dan kemudiannya terus bersama Saiful yang pada awalnya kami hanya berbual-bual kosong. Sampailah di satu tahap perkonsian bersama yang berlaku memaksa aku untuk lebih banyak mendengar sahaja. Mungkin kerana kekurangan aku untuk memberi respon dengan topik yang diketengahkan, tetapi secara jujurnya setiap yang diucapkan Saiful membuatkan aku terfikir; mampukah aku menjadi seperti itu?, bila aku akan mampu melakukan perubahan itu?, layakkah aku? Dan banyak lagi. Jadi aku memilih jalan untuk mendengar sahaja dan mungkin memberi respon yang amat sedikit.
Sepanjang tempoh itu, Saiful seolah-olah dan mungkin mengharapkan respon yang lebih baik dariku dan harapan itu sememangnya tidak kesampaian.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Soalan
  • ·         Ko sayang mak dengan abah tak?
  • ·         Apa sebab ko jadi Islam?

Berikut antara persoalan yang diajukan. Soalannya mungkin mudah untuk dijawab tetapi, apabila aku disoal Masya Allah, mengapa lidah ini tidak mampu menyatakan jawapannya?, mengapa mulut ini tidak mengucapkan apa yang terlintas dihati ketika itu?, dan mengapa suara ini tidak keluar untuk menterjemahkan apa yang difikirkan?
Bagiku jawapan bagi soalan ini sememangnya mudah dan hanya perlu diunkapkan sahaja. Tetapi bagiku tujuan soalan sebegini diajukan adalah untuk membuatkan kita berfikir seketika;

  • ·         Adakah kita benar-benar sayangkan kedua ibu dan bapa? Jika ya, apakah yang telah kita lakukan untuk mereka?
  • ·         Adakah kita hanya mewarisi Islam itu sahaja? Jika tidak, mengapa?

Kadangkala, timbul perasaan malu apabila aku berdiam diri dari menjawap soalan sebegini. Ditambah lagi ia sering sahaja disoal oleh mereka yang jauh lebih muda.
Aku sentiasa berharap satu hari kelak aku mempunyai kekuatan untuk menterjemahkan segala jawapan bagi setiap persoalan ini. Aku perlu berusaha untuk mendapatkan kekuatan itu. Dan oleh itu, ilmu pengetahuan perlu diperkasakan bagi membolehkan aku berkonsi dalam setiap aspek persoalan ini. Sesungguhnya persoalan sebegini sentiasa membuatkan aku berfikir mengapa soalan ini diajukan.

"sampaikanlah kebenaran walaupun kadangkala ianya pahit,"
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Khamis, 17 Mei 2012

14 hingga 20 Mei 2012


14 hingga 20 Mei 2012
PERSIAPAN SuKol 2012
Arghhh… minggu ini merupakan minggu yang memenatkan untuk semester 3 ini. Persiapan SuKol dilakukan hampir setiap hari. Cuma hari Isnin yang lepas sahaja aku tidak terlibat dengan persiapan ini. Bukan sahaja persiapan untuk kejohanan ini, malahan kesibukan sesi pengajaran dan pembelajaran tetap berjalan seperti biasa.
Kejohanan SuKol ini merupakan kejohanan sukan antara kolej UiTM. Ia diadakan berselang seli dengan Sukan Antara Fakulti. Ia bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar selain dari sebagai satu amalan hidup yang sihat dan juga sebagai satu medium menjalinkan UKHWAH antara satu sama yang lain.
Dalam kejohanan ini, aku telah mengambil bahagian dalam acara perbarisan pembukaan yang akan diadakan di Stadium UiTM pada 18 Mei ini dan juga hoki yang belangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 19 dan 20 Mei. Latihan kedua-dua acara ini diadakan setiap hari. Hoki disebelah petang dan perbarisan pula di sebelah malamnya.
Disamping kesibukan bersukan ini, tidak lupa juga aku mencarri alternatif mempelajari subjek akaun yang aku rasakan agak lemah melalui Firdaus Lokman. Tetapi mungkin waktu sesi pembelajaran dengan Firdaus tidak sesuai dan aku tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Aku sememangnya memerlukan lagi penerangan beliau dalam bidang ini dan aku akan usahakan untuk mendapatkan masa yang sesuai.
‘setiap permasalahan yang timbul, kupaslah ia perlahan-lahan,’
‘melarikan diri dari masalah bukanlah penyelesaian kepada masalah itu,’
ALLAH LEBIH MENGETAHUI

Sabtu, 12 Mei 2012

12 Mei 2012


12 Mei 2012 (kesibukan vs kebosanan )
Sepanjang hari Sabtu ini tiada aktiviti yang menarik Berjaya aku lakukan. Seawall jam 8.30 pagi tadi telah bermula program 1CitiZEN di FPHP dan tamat kira-kira jam 3.30 petang. Profram ini akan diteruskan esok hari(Ahad). Bagiku ianya satu program yang baik tetapi, mindset telah menetapkan yang Sabtu adalah hari untuk berehat dan santai. Akibatnya, program ini dirasakan sungguh membebankan.


________________________________________________________________________


Pernah suatu ketika, seorang teman meminta aku memberikan nasihat atau teguran kepada sahabat-sahabatku yang wanita mengenai cara pemakaian, pergaulan, perbauatan, kelakuan dan banyak lagi. Sesungguhnya memang menjadi hasrat dihati untuk erbuat demikian, tetapi aku masih belum mempunyai  atau menemui kekuatan dalam diriku untuk berbuat demikian.


Aku sentiasa mempunyai hasrat untuk mengajak rakan-rakanku melakukan kebaikan, tetapi aku sedar setiap kebaikan yang ingin dilakukan akan menuntuk pengorbanan. Setiap pengorbanan yang igin dilakukan memerlukan kekuatan , kesabaran, ketekukan, keberanian untuk melakukannya. Diriku sedar yang aku memerlukan kekuatan yang jitu untuk aku melakukan perubahan. Terlebih dahulu, aku perlu dengan jayanya mengubah diriku sendiri terlebih dahulu.


Aku sendiri masih lagi belum cukup baik untuk untuk berbicara mengenai sesuatu yang berkaitan dengan hokum hakam seharian. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk aku terus berdiam diri. Aku mempunyai tangungjawab tersendiri untuk mengatasi masalah ini. Caranya BELAJAR. Belajar akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan kemudiannya akan membolehan aku untuk mengajak kearah kebaikan.

“ untuk berjaya di dunia, carilah ILMU PENGETAHUAN, untuk berjaya di akhirat, carilah ILMU PENGETAHUAN dan untuk berjaya kedua-duanya, carilah ILMU PENGETAHUAN,”

ALLAH LEBIH MENGETAHUI.

Rabu, 9 Mei 2012

9 Mei 2012 (untunglah beliau)


9 Mei 2012 ( untunglah beliau..)
Perjalanan hari ini tidak banyak bezanya seperti hari-hari yang lepas. Kelas Ekonomi dan Food Science juga berjaan seperti biasa.
Yang berbeza hari ini, aku telah bermain futsal dan bola keranjang pada petang ini. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sepanjang aku berada di Kolej Jati ini. Hasil dari bermain futsal tadi, aku Berjaya menjaringkan 1 gol dan lututku ‘kopak’ kerana melakukan sliding  bagi menyelamatkan gawang gol. Tetapi aku hanya bermain satu pusingan sahaja dan seterusnya mencuba bermain bola keranjang.

Firdaus Lokman, Mior Ibrahim
& Zamri Manap
Bola keranjang ini merupakan sesuatu yang amat baru dalam hidupku ini. Bagiku, pertama kali bermain aku merasakan ianya sesuatu yang seronok dimainkan. Walaupun kawasan permainan yang kecil, tetapi ianya memerlukankelincahan pergerakan bagi merealisasikan objektif permainan.


Malamnya selepas solat Maghrib, aku dan Meor Ibrahim bersama Firdaus Lokman makan malam bersam di Mock Restaurant  Fakulti Pengurusan Hotel & Perlancongan. Kami bersama menikmati suasana, perkhidmatan dan keenakkan makanan yang ditawarkan.


ckear oxtail soup

seafood brochette
lemongrass chicken with pilaf rice




















LATIHAN PERBARISAN SUKOL DITUNDA ESOK HARI(10 MEI 2012, 10.00 MALAM)

Dalam perjalanan pulang ke bilik, aku telah mendapat khabar gembira. Aku diberitahu bahawa aku tidak perlu membayar apa yang telah aku gunakan pada malam ini tadi. Syukur Alhamdulillah, selamat duit poketku ini. Tapi akibatnya, aku akan terhutang budi dengan beliau pada masa yang akan datang. Dan kemudian tekadku menjelma;
                AKU HARUS MEMBALAS KEMBALI KEBAIKAN BELIAU.
“tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.”
ALLAH LEBIH MENGETAHUI.